Sunday, October 18, 2009

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja
mengatakan; "Kami telah beriman,"
sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji org2
yg sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui org2 yg benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg
dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-
IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak
mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan
janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi
darjatnya, jika kamu orang-orang yg
beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-
perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu
kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada
Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan
sesungguhnya sembahyang itu amatlah
berat kecuali kepada orang-orang yang
khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr
org2 mu'min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada
Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa
drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah
melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


p/s:

(senyum pada diri sndri..)
Nikmat Tuhan yang manakah yang hndk
kamu dustakan??

"Sesungguhnya Al-Quran itu Syifa'..
Penyembuh segala Duka..
Pengubat segala Rasa..
Penawar segala-gaLanya"

subhanaLLAH....
segala persoalan terjawab...
'maka mengapa kamu tidak berfikir?' -al-baqarah-

Saturday, October 17, 2009

Rahsia Bulan Kelahiran

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
Sangat cermat, teliti & teratur.
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
Pendiam tapi pandai bercakap.
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
Sangat sensitif yang tidak diketahui.
Seorang yang banyak berfikir.
Daya pentaakulan yang baik.
Otak bijak & mudah belajar.
Suka mencari maklumat.
Kawal diri dari terlalu mengkritik.
Pandai mendorong diri sendiri.
Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
Suka sukan, hiburan & melancong.
Kurang menunjukkan perasaannya.
Terluka hatinya sangat lama disimpan.
Terlalu memilih pasangan.
Sukakan benda yang luas.
Bersistematik

1001 macam cara uji cinta

LELAKI memiliki 1001 macam cara untuk menguji cinta orang yang disayanginya. Cara menguji itu melalui pelbagai helah, taktik dan teknik sehingga kadangkala sukar mahu membezakan sama ada ia satu 'ujian' atau sebaliknya.

Sebagai kekasih, wanita mungkin berasa sudah memperlakukan segalanya buat jejaka yang disayangi. Namun, pernahkah bertanya pada diri, mungkinkah si dia terpesona pada anda setulus hati?



Bagi sebahagian lelaki, itu belum cukup untuk membuatnya tekad memilih anda menjadi suri hidupnya.

Di saat hubungan dengan si dia bermasalah, tiba-tiba anda dihubungi seseorang yang meluahkan rasa hatinya pada anda. Bagaimana agaknya penerimaan diri sedangkan anda sedia maklum si penggoda baru itu teman baik kekasih anda?

Hati tertanya-tanya, bala apa yang menanti sedangkan lelaki itu tahu anda sudah lama berpasangan dengan rakan baiknya.

Setelah lama berhubungan lalu berderai cerita sebenar - si dia sengaja memperalatkan rakan karibnya untuk menguji cinta anda.

Sebenarnya, bermacam-macam cara kekasih menguji pasangannya. Berikut mungkin sebahagian cara anda diuji dan berhati-hati kerana sebahagian golongan Adam punya 'permainan' tersendiri.

Fakta berikut mungkin boleh dijadikan panduan penting untuk anda:


Materialistik

Untuk mengetahui anda materialistik atau sebaliknya, lelaki akan menguji dengan memberi anda hadiah murah atau mengajak makan di gerai biasa, bukan di restoran eksklusif. Ia sekadar untuk melihat sejauh mana penerimaan anda.

Menguji tahap cemburu

Lelaki selalu ingin tahu pasangannya jenis kuat cemburu atau sebaliknya. Dia akan menguji dengan cara mengenalkan anda pada teman perempuannya. Jika reaksi anda biasa saja, mungkin anda lulus ujiannya.

Telefon perempuan lain di depan anda

Reaksi anda tenang seolah-olah hal itu bukan masalah besar dan ia memberikan reputasi yang anda lulus ujian itu. Sebaliknya, jika anda marah dan mengatakan tidak suka dia menelefon perempuan lain apatah lagi menunjukkan sikap melampau, mungkin anda gagal melepasi tahap itu.

Hubungan dengan bekas kekasih

Keinginannya untuk mengetahui perasaan hati anda dengan kekasih lama, memang cukup tinggi. Justeru, berhati-hati jika dia memperli atau mengungkit cerita lama sekadar menguji ketahanan anda. Jangan cepat melenting.

Mengukur tahap kesetiaan

Dia ingin mendapatkan kekasih yang setia. Anda pula kerap menghubunginya dan tidak keluar dengan lelaki lain selama dia ke luar daerah. Dia pula akan menguji dengan pelbagai cara, antaranya meminta bantuan rakan untuk menggoda anda. Untuk itu, berhati-hati dengan permainan ini, takut anda terjebak dengan rakan baiknya sendiri.

Tahap keegoan

Mereka menghindari hubungan dengan perempuan ego yang sering ingin menang dalam apa saja perkara. Si lelaki pula akan menguji keegoan ini dengan mengajak ke tempat yang anda tidak suka dan anda harus menunjukkan nilai diri sejujurnya.

Alasan anda menyukainya

Dia ingin tahu apa tujuan anda menjalin hubungan dengannya. Adakah kerana harta benda, paras rupa atau kebaikan?

Tuesday, October 6, 2009

Mawi feat KRU - Sujud



Ohhhhhhhh Ohhhhhhhhhhh

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

[KRU]
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud......

Hanya mampu sujud.....

[KRU]
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah

Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup


[KRU & Mawi]
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud......

Hanya mampu sujud.....

Thursday, September 24, 2009

.: 10 PETANDA SI DIA JODOH ANDA :.

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

“ Manusia merancang, Allah menentukan.”
MUTIARA KATA

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."

Sinambungan Cinta

KEKUATAN UNTUK SEDIA MELEPASKAN SI DIA

"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu".

Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita.

Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.

"Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku - hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku".

Tuesday, September 22, 2009

Jangan Ada Benci(Casey)

lagu ni aku tujukan khas buat seseorang yang bernama F_ _ _ _ _.Harapanku,mudah2an sidia dapat menerima kenyataan ini.Sesungguhnya segalanya diluar kemampuan kita....."Cinta itu datangnya dari Allah,Ia pergi jua kerana Allah.........."

Thursday, September 3, 2009

Cari Baju Raya

Semalam aku cuti,terpaksa minta tukar cuti dengan Kak Su dari hari isnin ke hari khamis kerana aku ingin bercuti pada hari yang sama dengan adikku.Mujurlah Bos kesayangan aku tu faham,dan thanks....pada Yah dan Kak Za yang sudi memahami keadaanku.

Dan petang semalam tepat jam enam,
aku,adikku,Safirin,Sha dan Fas pergi Angsana.Dah seminggu kitorang rancang nak keluar bersama,akhirnya tercapai jua....Safirin sewa kereta kat Utm so,kitorang kongsi bayar bersama....dan Safirin juga yang drive.Dalam kereta diorang tak habis2 buat lawak.Huahuahuahua......nak pecah perut aku dengan gelagat dan lawak diorang.sepanjang perjalanan asyik ketawa je...hingga membuatkan kitorang tak kering gusi.Dan.......sekaligus membuatkan aku terasa hilang semua masalahku yang memenuhi kepala otakku yang terlalu serabut.Masalah yang tiada kesudahan dan entah sampai bila harus aku menanggungnya....Bulan ni selalu aku jadi migrin,rasa nak tumbang je kat tempat kerja.....Tapi demi kerja dan punca rezekiku,aku kuatkan semangat.....Aku tak mahu endahkan kesakitanku ini selagi aku mampu.......Aku nak sihat,aku tak mahu sakit.YaAllah......."Anugerahkan kesihatan pada hambamu yang lemah ini,dan murahkan rezekiku YaAllah.Hanya padamu tempat aku mengadu....

Sampai je kat Angsana,kitorang terus gi bazar yang berada berhampiran dengan shoping compleks tersebut.Firsttime aku sampai situ sejak awal berpuasa lagi.Bazarnye memang panjang jugak,sampai tak tahu nak pilih makanan ape,macam2 ada......pusing punya pusing beberapa kali akhirnya aku dah penat berjalan dan mengambil keputusan membeli Nasi putih,sambal goreng kacang dan tempe dan juga Ayam percik....Masing2 membeli nasi dan lauk yang berbagai2 jenis.Cuma Fas je tak makan nasi,dia beli kuih je.Katanya takut gemuk.....Hehehe tak faham aku,aku rasa aku lagi gemuk dari Fas dengan badannya yang sekeping tu.Itu yang dikatakan gemuk?"Taknak....Mak dah gemuk tau,Takut........"Katanya dengan penuh perasan.Hehehehe lawak2:)Takpe la yang penting Fas bahagia yer....:):)

Bila dah habis kitorang membeli makanan berbuka puasa kat bazar tu, kini masanya mencari meja dan kerusi lak nak duduk."Jom kita tumpang duduk kat meja makan yang kat kantin tu."Kata Safirin dengan penuh yakin.Dengan terburu2nya kitorang berjalan menuju ke destinasi kerana waktu berbuka dah nak sampai.Lagi 10 minit la lebih kurang.Sebaik sampai disitu,tiada satupun meja yang kosong.Tiada pilihan lain kitorang terpaksa masuk Angsana menjenguk2 mana tempat yang boleh tumpang duduk."Dah nak dekat dah ni macam mana ni,takkan nak berdiri kot..."Kataku.Tiba2 Safirin punya idea dan mengajak kitorang beli je Dunky Donat 2,3 biji supaya kitorang boleh tumpang duduk kat meja yang disediakan oleh diorang.Nak taknak beli je la buat syarat.......hehehe Dengan muka selambanya kitorang duduk beramai2 dan berbuka puasa kat situ jugak.semua staf kat Dunky Donat terpinga2 melihat kitorang dengan muka yang tak rasa bersalah......."Jangan marah.....Kitorang terpaksa.Harap korang faham."Itulah peristiwa kelakar yang tak dapat aku lupakan dengan korang.....Akupun jadi gila-gila ikut perangai korang punya pasal.:)

Lepas selesai berbuka kitorang jalan2 cuci mata dan aku memang niat nak beli baju raya kalau ada yang berkenan dihati.Memang banyak sangat pilihan.......Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.Sambil melihat2 dan memilih sepasang baju untukku,Fas berpesan padaku dengan penuh perasaan....."Akak,kalau akak beli baju ni bagi saya selendangnya boleh......"Sambil dia membelek2 sepasang baju kebaya nyonya yang bersulam2 dan disertakan sehelai selendang berambu ramba.Berderai gelak ketawa kitorang dibuatnya,Huahuahua......."Ko dah buang tebiat nok?"kata Safirin pada Fas.Macam2 la diorang ni.Hehehe.Tapi aku happy jer.

Leka memilih dan membelek semua baju raya disitu,sampai aku kehilangan diorang.Atipun entah mana perginya......."Takpe la aku cari dulu baju yang aku berkenan kataku dalam hati".Tapi hampir sejam masih tak dapat juga,ada nampak yang berkenan tapi tak cukup bajet lak.Memang cantik baju tu.Baju kurung moden,Kain kembang payung,bajunya ada cutting sikit dan ada 2 lapis dipergelangan tangan,macam inner.Depannya bersulam bunga timbul,nampak macam bunga ros hidup,memang cantik sangat padaku tapi harganyapun cantik gak.rm199.....hehehe.Takpe la,lain kali kot.Lagipun banyak lagi nak beli barang yang lebih penting ni,pujuk hatiku.:(

Akhirnya aku mengambil keputusan membeli sepasang baju kurung biasa,tapi bahagian depan bajunya bersulam bunga timbul juga dan kainnya adalah kain songket.Cantik gak aku tengok......Nice,aku memilih colour coklat cair sebab baju raya aku yang lepas tak pernah ada colour tu.Lembut juga colournya.Sedar tak sedar dah hampir jam 10:30 malam kitorang kat situ.Safirin call aku."Akak katne ni.....Dah dapat baju raya ker,Kalau belum dapat cari la dulu yer.Saya tak kisah,lagipun tengah temankan budak2 pondan ni dimekapkan dengan mak andam kat Arianto(Kedai alat solek) ni....".kalau nak balik call saya yer." katanya padaku.

Sebelum balik Safirin ajak kitorang makan kat kedai mamak lak makan roti nan chees dgan ayam tanduri.Nak bersahur sekali katanya....Ok la,I follow......Emmmmmmm.......sedap jugak roti nan,aku order 1 set je kongsi dengan Ati sebab aku takut tak habis pikirku,tapi tak cukup lak....Takpe la lain kali aku nak makan lagi la kat situ.Walau apepun,Thanks sangat2.....Happy la keluar dengan korang semalam.Banyak pengajaran dan pengetahuan yang akak dapat dari korang semua,bagi akak korang tak hipokrit,terbuka dalam semua aspek,dan yang penting tidak semua pondan ingin dirinya begitu.Korang memang kuat,kuat dengan arus perjalanan yang korang hadapi walau dipandang hina dan dicemuh orang ramai,tapi bagi akak korang memang boleh jadi sahabat yang baik dari keikhlasan yang korang ada dalam diri sendiri.Thanks sangat2 ye sebab korang dah buat akak happy menghabiskan masa cuti akak semalam.......






.

Wednesday, September 2, 2009

Tuesday, September 1, 2009

Pukau

Hari ni hujan turun dengan tiba-tiba.....Entah dari jam berapa aku tak sedar,kerana aku sibuk mengemas dan menyusun barang2 dikioskku sambil mengira stok dan membuat order barang yang dah habis dan kurang.Start dari aku sampai kat Jusco sampai la kepetang,lebih kurang jam 2 juga masih belum ada lagi pelangganku.Dalam hati memujuk,"Takpe la.....Mungkin belum rezeki lagi,Jap lagi ada la tu....Mungkin orang ramai malas nak keluar lagi,lagipun hujan kan.....Tido berselimut ni kan sedap...."

Sambil aku mengemas dikiosk,ada seorang mata2 Jusco yang memang aku kenal sangat menghampiriku sambil memegang hanphonenya dan berkata sesuatu padaku seakan berbisik,"Dik.....Hati2 tau,cuba Adik pandang sekejap kat depan sana", sambil menjelingkan matanya kearah kerusi panjang yang disediakan oleh pihak Jusco yang terletak berhadapan dengan Shushi King."Adik nampak tak ada 2 orang lelaki yang duduk kat situ?sorang pakai baju warna hijau,sorang pakai baju warna merah,tapi masing2 duduk berjauhan sikit".Bisiknya padaku lagi."Sebenarnya diorang tu bahaya tau,diorang nak cari mangsa dengan kuasa pukaunya.Hati2 kalau ada salah sorang yang singgah kat sini.Abang dengan bluewave yang lain tengah perhatikan diorang ni......"jawapnya lagi.
"Takutnya...."kataku."Macam mana Abang boleh cam diorang"?"Dah lama dah kitorang perhatikan diorang ni.Memang dah cam sangat.Sebenarnya diorang ada 5 orang semuanya,Dari Indonesia mereka semua tu,tapi dah berpecah sana sini.Nak buat kacau lak kat Jusco ni..."Ngomel Abang tu padaku.

Mendengarkan cerita dari Abang tu tadi cukup membuatkan aku ketakutan sambil tak berhenti2 berdoa memohon perlindungan darinya yang maha mengetahui.Apalah punya orang....Datang ketempat orang jangan la menyusahkan orang lain dengan menggunakan ajaran sesat ko tu untuk memukau orang yang lemah.Dah takde cara lain ke nak senang....Buat la kerja yang berfaedah sikit......Geram pulak aku dengan orang2 yang nak senang cepat tanpa bersusah payah ni.Tak selamat la hidup korang aku doakan....Tak sangka masih ada lagi orang yang gunakan ilmu pukau ni yer....Geram pulak aku......

Agak lama juga diorang duduk kat situ sambil memerhatikan orang dengan mata liarnya.Dari jauh aku menjeling2 pada diorang juga,takut diorang datang dekat menghampiriku.Jangan la,Nauzubillah.....Mohon perlindungan padamu Ya Allah.......Mungkin diorang dah perasan diorang sedang diperhatikan oleh Bluewave yang berada di
setiap penjuru DiJusco ni,tiba2 diorang menghilangkan diri entah kemana.Aku tanya dengan sorang Bluewave tu,"Mana diorang tadi pergi agaknya?"Entah la,bagus la berambus cepat dari sini,dah tak tahan dah ni berdiri berjam2 nak jaga diorang jer....."Menyusahkan orang jer."Ngomelnya....Alhamdulillah,Lega aku dibuatnya,mudah2an diorang tak ada datang sini lagi.

Monday, August 31, 2009

kisahku Dan Lagu



Berikanku bahagia
Hidup bebas
Mencari jalan sendiri
Jauhi akan derita

Ku jangan diganggu lagi
Kasihanilah
Ku ingin nikmat bahagia
Menempuh hidup baru

Kata manis sumpahan
Janji akan setia
Curahan ketika kita
Dalam bermesra

Oh itu
Hanyalah godaan
Memujuk hati ini
Oh itu telah pun ku tahu
Diriku telah terpedaya

Sunday, August 30, 2009

Perkembangan Janin Dalam Rahim "Ibu"



# Hanya Seorang yang pernah bergelar "Ibu" telah melalui detik2 getir seperti ini.seperti kata pepatah,"Bagai nyawa dihujung tanduk"disaat melalui detik2 yang mencemaskan hingga bertarung dengan nyawa sendiri.Disaat itu....Tiada apa yang mampu dilakukan,hanya berserah segala jiwa dan raga sepenuhnya pada yang Maha kuasa.Antara dua pilihan samaada hidup atau pergi buat selamanya........

Kisah Untuk Iktibar

#Jangan Sia-siakan Cinta Dan Kasih Sayang Yang Sudah Ada,Sebelum Ia Hilang Dan Pudar Begitu Saja#

~Nur Jannah~

Sebak! Hati ini terlalu sebak. Lutut ini terasa lumpuh untuk menanggung
beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku, apatah
lagi di usia yang telah agak banyak ini. Kalaulah aku tahu beginilah
hatinya, sumpah aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah
tenang. Tidak kelihatan walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya
malah bibirnya. Segalanya masih sama seperti dulu. Aku leka. Leka dengan setiap kehendak hatiku. Semua tingkah laku ku tidak pernah dipersoalkan.

Cuma ketika dia menurunkan tanda tangan keizinan, aku lihat ada titisan
air mata gugur di pipinya. Itulah kali terakhir aku lihat dia menangis. Dia tidak menuntut apa-apa dariku untuk dirinya selain dari mengingati aku tentang nafkah anak-anak kami yang seramai lima orang. Dia meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesi kaunseling
selesai. Aku mempelawa untuk menghantar pulang. Dalam senyuman yang kukira dibuat-buat, dia menolak dengan alasan, mulai dari hari ini dia akan belajar untuk mengurus hidupnya sendiri.

Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niatku
mengahwini Normi. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku memintanya menggosok sepasang baju Melayu, pakaian pengantinku. Cuma di kala itu aku kehilangan senyuman manja daripadanya. Dia terus berwajah tenang dan syahdu. Sebelum aku melangkah pergi, dia masih seperti selalunya, bersalaman dan mencium tanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik.

Aku mengahwini Normi setelah setahun menjalin persahabatan. Aku sendiri kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Normi. Cuma yang aku sedar, aku kasihankan kepada anaknya yang sedari awal memanggil aku ayah. Mungkin juga kerana Normi cantik. Perwatakannya yang manja membuatkan ramai lelaki tergoda. Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya.

Walau apa pun alasan, antara aku dan Normi memang ditakdirkan ada jodoh, kerana itu kami berkahwin. Walau ibu dan ayahku malah s audara mara menentang hebat kemahuanku. Apa kurangnya Nurjannah, soal mereka. Memang aku akui, tiada cacat celanya Nurjannah. Dia memiliki semuanya. cantik dan seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang isteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah menjadi rebutan pemuda sekampung. Di antara mereka, aku orang yang paling bertuah menjadi pilihan Nurjannah. Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa kesyukuran. Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak pernah mengeluh keletihan melayan kerenah anak-anak walau aku kurang membantu. Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yang dimusykilkan di hati ini terhadapnya. Segalanya cukup sempurna. Pendidikan agama untuk anak-anakku juga diberikan oleh Nurjannah.

Semua anak-anakku khatam Al Quran di usia sepuluh tahun. Semua itu
Nurjannah yang ajarkan. Anak-anakku tahu akan tanggungjawab mengerjakan sembahyang seawal usia enam tahun. Itu juga Nurjannah, isteriku juga yang ajarkan. Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan oleh Nurjannah. Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju hinggalah ke stokin Nurjannah sudah aturkan. Aku cuma capai sahaja. Ketika aku berwuduk, Nurjannah telah siap membentang sejadah sembahyang. Setiap kali aku pulang kerja, sekurang-kurangnya, segelas minuman telah tersedia di ruang rehat.
Nurjannah tidak pernah menyusahkan aku walau menghantarnya ke pasar. Katanya, dia boleh pergi sendiri. Selama sebelas tahun hidup bersamanya, Nurjannah faham benar seleraku. Selama sebelas tahun itu juga seingatku tidak pernah sekalipun Nurjannah menyakiti hatiku.

Menjelang hari-hari perayaan, ketika rakan-rakan sepejabatku mengeluh
kerana isteri di rumah minta menukar langsir baru, Nurjannah isteriku
di rumah terbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberi bonus tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isteri masing-masing turut meminta imbuhan untuk membeli seutas dua barang kemas. Tetapi isteriku Nurjannah tidak pernah meminta semua itu. Nurjannah
menasihati aku agar menyimpan wang lebihan. Untuk kegunaan masa depan katanya. Akhirnya aku menggunakan wang simpanan tersebut untuk perkahwinanku dengan Normi, madu Nurjannah. Setelah berkahwin dengan Normi, barulah aku merasai segala masalah seperti yang dihadapi teman-teman sepejabatku. Apa nak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan sepahit mana sekalipun, terpaksalah ditelan jua. Apatah lagi aku dan Normi telah dikurniakan seorang cahaya mata.

Sepanjang perkahwinan dengan Normi, aku memang jarang-jarang sekali
pulang ke rumah Nurjannah. Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali. Itupun untuk memberi wang perbelanjaan anak-anak. Nurjannah tetap dengan sifat sabarnya. Walau aku memperlakukannya sedemikian, dia tidak pernah marah-marah apalagi mengamuk. Setiap kali kepulanganku, dia sambut tanpa secebis riak kemarahan. Bersalam dan mencium tanganku. Dia tetap menyediakan makanan kegemaranku. Cuma yang amat aku terasa, aku kehilangan senyuman mesranya. Dia pernah meminta izinku membantu abangnya yang berniaga di kedai runcit berhampiran dengan rumah kami.

Aku sedar, mungkin perbelanjaan harian dariku tidak mencukupi, tetapi
aku buat-buat tidak tahu. Lagipun Nurjannah tidak pernah menyebutnya. Aku lihat tubuhnya kurus sedikit. Aku bertanya padanya apakah dia sakit atau ada apa-apa masalah. Namun dia hanya menggeleng kepala.

Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah aku berkahwin lain.
kelima-lima anakku dengan Nurjannah tidak pernah menunjukkan tanda-tanda membantah atau marah. Cuma antara kami kurang mesra, mungkin kerana sudah jarang berjumpa. Alhamdulillah aku punyai anak-anak sebaik Nurjannah. Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah menjejaki menara gading. Terasakan begitu cepat masa berlalu. Anak-anakku sudah menjangkau dewasa.

Fahmi anakku yang sulung menjawat jawatan doktor, Fariza menjadi
pensyarah, Fakhrul pu la pegawai di jabatan kerajaan, Farihin seorang guru dan Farina telah tamat dan majlis konvokesyennya akan diadakan dua hari lagi. Aku pulang hari ini, di atas permintaan Farina agar aku dan ibunya hadir di majlis bersejarah baginya.

Seingat aku telah dua bulan aku tidak menjengah Nurjannah. Namun
kepulanganku tetap disambut baik oleh Nurjannah. Bersalam dan mencium tanganku seperti dulu-dulu. Dia tidak pernah menunjukkan riak kurang senang padaku. Walhal sudah banyak perkara yang telah aku lukai hatinya, namun sukar untuknya menunjukkan rasa memberontak. Kesabarannya banyak mengajarku apa erti kesetiaan seorang suami. Aku akui bukan seorang suami yang adil. Adil dalam mencurahkan kasih sayang. Mungkin juga pengaruh isteri mudaku, namun aku tidak menyalahinya. Keterlanjuranku mengahwini memberi satu perbandingan yang nyata antara keduanya.

Namun kesalahan masih berpihak padaku seolah-olah tidak mampu untuk
berlaku
adil.! Hari ini Nurjannah memasak lauk kegemaranku, udang masak lemak
cili
padi. Selera sungguh aku makan. Suasana di meja makan sunyi sepi. Fariza
yang juga makan bersama kami, aku lihat asyik menyuap nasi ke mulut.

Nurjannah membisu seribu bahasa dan aku sendiri bagai kehilangan cerita.

Sebenarnya jauh di sudut hati, aku terlalu lama rindukan gelak tawa
Nurjannah.

Entah kenapa hari ini aku kehilangan punca mencari kemesraannya. Sesudah

makan malam aku duduk-duduk di ruang tamu di samping Fariza. Nurjannah
menghampiriku sambil menghulur satu sampul surat berwarna jingga.
Aku masih ingat, itulah sampul surat kad undangan perkahwinanku dengan
Normi.

Aku bagaikan tersentak. Borang permohonan cerai. Telah lengkap diisi
hampir
terlepas dari tanganku. Aku terpempan. Terkedu.

Hilang sudah segala kekuatan yang ada. Aku cuba menolak rasa sangsi.
Adakah aku berdepan dengan realiti atau sebaliknya. Aku lihat reaksi
Nurjannah, tenang dan bersahaja. Ada sesuatu yang ingin diutarakannya.
Aku menunggu dengan sabar, mahu penjelasan yang wajar darinya. "Bang,
lapan
belas tahun yang lalu, Jannah dengan rela hati menandatangani borang
permohonan poligami, Jannah harap abang juga boleh lakukannya sekarang,"
pintanya dengan suara yang aku rasakan bagai belati menghiris hati.
Rasanya ingin gugur air mata lelakiku.

Namun kutahan. Adakah ini balasan untuk pengorbanan yang telah kau
lakukan.

Kukira langkah mu tidak akan terlanjur sejauh itu. Nurjannah, barang
kali
beginilah deritanya hatimu dulu, ketika mahu melepas pergi orang yang
dikasihi..

'Jannah tak mahu abang terus dihumban dosa kerana sememangnya abang
tidak
pernah berlaku adil. Selama ini pun Jannah hanya tak mahu kehidupan
anak-anak kita terganggu lantaran sikap kita. Jannah rasa pengorbanan
Jannah sudah sampai ke penghujungnya. Lagi pun kesabaran Jannah sudah
tinggal sia-sia. Jannah tidak mahu jadi isteri derhaka apabila kesabaran
sudah tiada lagi. Anak-anak kita pun sudah dewasa, mereka sudah boleh
hidup sendiri," Nurjannah bersuara lagi tanpa sebarang riak api
kebencian kepadaku.

"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk hantar ibu tunaikan
fardhu haji tahun ini," sambung Fariza. Aku merenung mata Fariza
dalam-dalam. Lama.
Sehinggalah Fariza bersuara. "Kami bukan tak mahu hantar ayah ke Mekah,
tapi kalau ayah pergi nanti, siapa nak jaga mak cik Normi, kan ayah tak
pernah tinggal mak cik Normi sorang-sorang."

"Jannah, abang tak mahu kehilangan Jannah, biar abang tinggalkan Normi,"

pintasku cuba melerai! kekusutan yang membelit diri.

"Sejauh mana sekali pun abang tinggalkan Normi, hati Jannah tetap
terluka.
Tanda tangan borang tu bang," pinta Nurjannah sungguh-sungguh.

Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat pernah memanahi
pendengaranku dan beban yang teramat sarat yang menghempap bahuku.

Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang sering dihampar oleh Nurjannah
isteriku. Dengan langkah yang longlai aku mengambil wuduk, Nurjannah
hanya memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang aku mencari-cari
sejadah yang terbentang. Tiada. Aku jatuh terduduk.

Sukarnya Memahami Hati Sendiri

Sukarnya memahami hati sendiri,
kerana akal dan hati selalu tak sekata.

Hati mahu lupakan dia...
hati mahu lepaskan dia..
hati mahu lenyapkan memori bersama,
hati mahu padamkan cinta.

tapi,
hati enggan mendengar kata,
hati enggan melepaskan cinta,
hati enggan memadam memori,
walau hati parah terluka.

sakit bila terluka..dan dilukai..
pedihnya, rindu didustai..
pilunya, kasih separuh hati,
sedihnya, cinta dimata, bukan dijiwa.


dia memberi bukan sepenuh hati,
dia menyintai bukan sepenuh raga,
dia menyayangi, bukan seikhlas hati,

tapi hati ini tetap begini,
hati ini tak mahu melupakan dia,
hati ini tak mahu membuang dia,
hati ini masih mahu bertahan,
hati ini masih mahu menagih kasih,
hati ini masih mahu menyintai,
hati ini masih mahu membeli jiwa.

walaupun semakin hari semakin sakit,
walau semakin hari semakin pedih,
walau semakin hari semakin luka,
walau semakin hari semakin tercarik,

sukarnya melayan kehendak hati,
sukarnya melayan kehendak jiwa,
sukarnya melayan kemahuan perasaan,
sukarnya melayan rasa cinta yang menyiksa.

akal waras kalah dek kehendak rasa,
akal waras mengalah bahana gelora jiwa,
akal waras tak mampu melawan kemahuan hati,
akal waras sering dilupakan demi melayan kehendak cinta.

kenapa ada insan yang tak mahu mengerti,
kenapa ada insan yang tak mahu menghargai,
kenapa ada insan yang tak menyedari.
kenapa ada insan yang memandang sepi,

sukarnya memahami hati sendiri,
susah lagi memahami hati orang lain,
sukarnya melayan perasaan sendiri,
susah lagi melayan perasaan orang lain.

sukarnya mengikut kehendak hati sendiri,
sukar lagi mengikut kehendak hati orang lain,
sukarnya melawan perasaan sendiri,
sukar lagi melawan perasaan orang lain.

hari ini, bertekad untuk berlalu pergi,
esok, pasti hati berubah lagi..
hari ini, hati mahu melupakan dia,
esok, hati kembali menganyam cinta.

hari ini, tak mahu mengingati dia lagi,
esok, dia juga yang dicari.
hari ini, ku mohon agar hati bisa tabah menghadapi,
esok, hati kembali mohon dicintai.

hari ini, semua kenangan mahu dilupakan,
esok, diari lama dibuka kembali.
hari ini, dibina tembok pemisah, kononnya utuh,
esok, dengan mudah tembok diruntuh...

sukarnya melawan perasaan ini sendiri,
kenapa dia tak mengerti,
kenapa dia tak memahami,
kenapa dia tak menyedari.

setiap hari, mencari kekuatan,
setiap hari, mencari kebenaran,
setiap hari, cuba melupakan,
setiap hari, cuba tetapkan hati.

tapi,
setiap hari juga dia kembali,
setiap hari dia datang mencari,
setiap hari dia menjengah,
setiap hari, dia seakan tak mahu pergi.

sering bertanya sendiri,
cinta siapa di dalam hatinya,
kasih siapa bertahta di sanubarinya,
wajah siapa di dalam mindanya,
milik siapa jiwanya..

Ya Allah,
berikan aku kekuatan,
berikan aku ketetapan hati,
berikan aku petunjukmu,
berikan aku jalan,

Ya Allah,
ku mohon ketenangan,
Andai dia bukan untukku,
hilangkan dia dari ingatan,
hilangkan rasa cinta ini,
hilangkan rasa kasih yang makin mendalam,
hilangkan rindu yang semakin mendendam,

hati tak mampu lagi bertahan,
hati tak mampu lagi memendam rasa,
hati tak mampu lagi menipu diri,
hati tak mahu selamanya begini.

biarlah hati ini tenang sendiri,
biarkan hati ini aman sendiri,
biarkan hati ini tiada penghuni,
biarkan hati ini begini seketika...

ku lepaskan dia pergi...
biarkan dia mencari cintanya,
lepaskan dia dari ikatan perasaan,
bebaskan dia dari penipuan...

semoga dia ketemu cintanya,
semoga dia ketemu idaman,
semoga dia ketemu apa yang hilang,
semoga dia ketemu apa yang dicarinya...
yang tiada dalam diri ini...
yang tak sempurna dalam diri ini..

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu."

**SaNtaPaN RoHaNi**

***Jika Hati seJerniH Air...
Jangan Biar Ia KeruH,
Jika Hati SePuTiH AwAn ....
janGan BiaR iA MenDunG....
Jika HaTi SeIndaH BuLaN...
HiaSiLaH Ia DenGan ImaN.....***

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:

-1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.
__________________

Tuesday, August 25, 2009

Kisahku Dan Lagu

Kisahku Dan Lagu

Kisahku Dan Lagu

Kisahku Dan Lagu

Kisahku Dan Lagu

Kisahku Dan Lagu

Mengalir Air Mataku Mendengar Lagu Dari A.Sudirman Ini



Jika aku diberi peluang Oleh Allah S.w.t,Aku ingin Menjaga kedua orang tuaku sehingga keakhir khayatku.......aku ingin mereka berdua sihat dan terbela nasibnya,aku ingin membahagiakan mereka dan aku ingin menjadi kebanggaan kedua orang tuaku itu.Jika aku orang senang,tak ingin sekali aku melihat kedua orang tuaku itu bekerja lagi,biarlah mereka tinggal dirumah dan berehat serta hanya membuat amal ibadah mengingatinya.......Tak sampai hati aku melihat kedua orang tuaku itu membanting tulang dan bekerja keras demi membesarkan kami adik beradik.

Ya Allah Ya Tuhanku,anugerahkanlah kesihatan dan kesejahteraan pada kedua orang tuaku sepanjang hidupnya.Aku tak ingin mereka bersusah hati dan bersedih mengenangkan nasibku selama ini....

Sunday, August 23, 2009

Teh Misai Kucing Polens

SHAH ALAM - Polens (M) Sdn. Bhd. (Polens), sebuah syarikat pengeluar produk herba tempatan menyasarkan peningkatan jualan Teh Herba Misai Kucing kepada 180,000 kotak sepanjang Ramadan berbanding 100,000 kotak setiap bulan di seluruh negara.
Pengurus Operasi Polens, Azman Jamaluddin berkata, sasaran itu berdasarkan pakej buah kurma berkualiti tinggi yang ditawarkan pihaknya kepada para pelanggan secara percuma dengan pembelian setiap kotak produk minuman kesihatan tersebut.
Menurutnya, pelanggan produk keluarannya itu terutama pengidap diabetes juga dijangka meningkat kerana Ramadan adalah bulan terbaik untuk mereka menurunkan tahap glukosa darah dengan mengamalkan minuman berkenaan.
"Teh herba ini juga terkenal sebagai egen detoksifikasi dan antioksiden yang membantu merawat masalah batu karang dalam buah pinggang, infeksi saluran pundi kencing dan gout selain mengimbangi tekanan darah.
"Produk yang dihasilkan dari sebuah ladang tanaman misai kucing seluas 40 hektar di Rawang ini boleh didapati di 500 farmasi dan pasar raya di seluruh negara," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.


-Kosmo-


Aku ingat nak suruh Bapak aku try la Teh Herba ni,sebab Bapak aku ada penyakit berkenaan dengan pundi kencingnya.Kalau dah datang penyakitnya tu,sampai boleh menangis sebab dah tak tahan menanggung kesakitan.Sedih aku bila mengenangkan penyakit Bapak aku tu.Dah macam-macam jenis ubat aku bagi try pada Bapak aku,ubat klinikpun dah tak larat Bapak telan lagi,macam-macam ubat juga.Tapi......Tetap masih belum sembuh sepenuhnya.Kalau datang penyakitnya tu,Bapak aku terpaksa pergi klinik dan kena pasang beg plastik yang untuk menampung air kencing tu.Sampai berbulan2 Bapak aku dinasihatkan duduk dirumah dan tak boleh buat kerja berat.

Tapi yang paling buatkan aku sedih sampai sekarang ni,Mak aku mengadu dengan aku semalam yang Bapak aku dah mula nak datang penyakitnya lagi.Tapi Bapak aku tahan.Dia buat2 sihat depan anak2nya.Mak aku je yang tahu kasakitan yang sedang Bapak tanggung. Kata Mak aku lagi semalam Bapak ada cakap pada Mak macam ni..."Mas,Boleh ke aku bertahan lagi....."Sambil menangis Mak mengadu dengan aku.Akupun tanpa disedari Berderai air mata dan membasahi pipiku mendengar berita yang Mak sampaikan padaku pagi taditadi.Tapi Bapak aku tetap cuba tunjukkan dirinya sihat depan anak2nya, mungkin Bapak aku taknak anak2nya risaukan pasal dirinya........Bapak......Ani takkan biarkan Bapak menaggung kesakitan lagi ye.Ani akan cuba sedaya yang termampu.Selain ubat,Doa Ani juga sentisa mengiringi diri Bapak supaya Bapak cepat sembuh dan sihat seperti orang lain.

Bapak......Ani sayangkan Bapak sangat2 tau........Bapak dah banyak sangat berkorban demi untuk membesarkan saya selama ni.

DOA HARIAN

Dibawah ini kami himpunkan doa harian dalam bahasa melayu untuk diamalkan, semuga anda akan memperolehi manfaat daripadanya.

DOA BAGI ANAK YANG BARU LAHIR
Aku mohonkan perlindungan kepadaMu dengan kalimat-kalimat Allah agar terhindar dari godaan-godaan syaitan dan binatang berbisa; dan sorotan mata jalang yang berakibat buruk.
www.familiazam.com
DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN
Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.
www.familiazam.com
DOA DALAM SEGALA WAKTU TERUTAMA SELEPAS SOLAT
Wahai Allah, sesungguhnya hamba memohon perlindungan pada Tuhan daripada ilmu yang tidak bermanfaat dan dari amal yang tidak diterima serta dari permohonan yang tidak didengar (dimakbulkan).
www.familiazam.com
DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN
Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.
www.familiazam.com
DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku mohon kepada engkau petunjuk dan taqwa, iffah (berhati-hati dalam segala hal) dan kekayaan jiwa.
www.familiazam.com
DOA MENYEMBUHKAN DEMAM
(Jika suhu badan meningkat naik tanpa merasai sejuk, ayat-ayat al quran berikut dibaca)
Katakanlah: Wahai api, jadilah dingin dan selamat untuk Ibrahim.
www.familiazam.com
MOHON KEBAHAGIAAN SEPANJANG HARI
Wahai Allah, jadikanlah hari kita ini merupakan kebaikan, sedang pertengahannya merupakan kebahagiaan dan penghabisannya merupakan keuntungan.
www.familiazam.com
DOA UNTUK MENERANGKAN PENGELIHATAN
Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)

DOA KETIKA TIMBUL PEMIKIRAN JAHAT
Aku berlindung diri pada Allah dari gangguan syaitan; dan aku berimah kepada Allah dan rasul Nya.
www.familiazam.com
DOA KETIKA MENEGUK AIR
Ya Allah, berilah kami minum dan berkatilah kami dengan turunnya hujan.

DOA SEWAKTU MELIHAT KEMUNGKARAN
Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
www.familiazam.com
DOA KETIKA BERHENTI DI SUATU TEMPAT
Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari bahaya apa yang telah dijadikan.

DOA KETIKA PULANG DARI PERJALANAN
Ya Allah, kami semuanya kembali, bertaubat, beribadat dan memuji syukur kepada Tuhan kami.
www.familiazam.com
DOA AGAR TIDAK MEMBANTU ORANG BERDOSA
Musa Berdoa: "Ya Tujhan ku, demi nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepadaku. aku sekali-kali tidak akan menjadi penolong bagi orang-orang yang berdosa.

TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS
Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.
www.familiazam.com
DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW
Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.

DOA MOHON DIBERI HIKMAH KEBIJAKSANAAN
Ya Allah, bukakanlah kepada kami hikmat Mu, dan limpahkanlah atas kami rahmat dari perbendaharaan rahmat Mu, Ya Allah Tuhan kami yang maha kasih sayang.
www.familiazam.com
DOA MOHON DITETAPKAN IMAN
Ya Allah, Tetapkanlah kami dalam agama "Islam" dan peliharalah iman kami.

DOA MENGHADAPI MUSUH YANG MENGANCAM DIRI KITA
Cukup aku berpegang kepada Allah dari segala sesuatu, Allah mengalahkan segala sesuatu, tidak terhenti sesuatu kerana perintah Allah, tidak ada daya dan kekuatan, hanya daya dan kekuatan Allah yang maha tinggi dan maha besar.
www.familiazam.com
DOA BADAN TERASA SAKIT
Ya Allah, Tuhan sekalian manusia , semuga Engkau hilangkan penderitaan ku dan Engkau sembuhkan aku, Ya Allah tuhan yang maha penyembuh. Tidak ada kesembuhan, hanya kesembuhan yang datang dari Engkau, kesembuhan yang tidak berulang lagi. didalam tangan Mu semua kebajikan dan Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

DOA MOHON DITAMBAH ILMU DAN MUDAH MEMAHAMI
Ya Allah, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku faham dan pengertian yang baik.
www.familiazam.com
DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR
Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.

DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT
Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
www.familiazam.com
DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI
Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.

DOA MOHON DIHILANGKAN RASA TAKUT TERHADAP SYAITAN
Aku berlindung dengan kalimah Tuhan yang maha sempurna daripaga syaitan yang menggoda dan dari pandangan mata yang menyeramkan.
www.familiazam.com
DOA MOHON KEKUATAN IMAN
Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.

DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KAFASIHAN
Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.
www.familiazam.com
UCAPAN KALIMAH TAHMMID SETELAH BANGUN TIDUR
Segala puju bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali setelah dimatikan Nya untuk sementara waktu, dan kepada Nya kami akan kembali.

DOA KETIKA DATANG MUSIBAH
Ya Allah, berilah ampunan kepadaku dan dia dan ikutkanlah aku bersamanya dengan akibat yang baik.
www.familiazam.com
DOA JIKA MEMPUNYAI HAJAT YANG BESAR
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu iman yang aku guna untuk mencari kebenaran. Cahaya yang aku jadikan ikutan dan rezeki yang aku cukupkan.

DOA TOLAK BALA
Puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari apa yang ia memberi percubaan kepadaku, dan Ia telah mengutamakan aku dari segala banyak makhluk.
www.familiazam.com
DOA MINTA MULIAKAN KELUARGA
Ya Allah! berikanlah bagi kami isteri dan anak-anak yang menyenangkan hati dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.

DOA UNTUK PENGANTIN
Mudah-mudahan Allah memberkati engkau segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikkan.
www.familiazam.com
DOA KETIKA MEMULAKAN SOLAT
Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada Mu dari bisikan-bisikan syaitan. dan aku berlindung kepada Mu (pula), wahai Tuhan ku dari kedatangan mereka kepadaku.

Thursday, August 20, 2009

Sengsara........

Lirik lagu yang menyentuh perasaanku kini....

Ezlyin~Sengsara

Bersendiri di kamar sepi daku meratapi
Subuh bakal menyingsing
Mengenang yang jelas terang...cinta nan curang
air mata berlinang
Fikirkan apa yang kurang...
Pada diriku atau salah lakuku
Seminggu daku berkurung
Umpama tangis berkabung

Korus:
Jangan lagi kau berdusta
Janganlah berkata kau masih menyinta
Kerna ku akan percaya
Terus terpedaya...terus sengsara

Oh kenapa daku tersedar
hakikat sebenar setelah terlalu lama
Menyinta penuh setia beri peluang
Namun ia berulang
Terlantar terketar-ketar kedinginan berselubung kenangan

Jika benar kai kata daku kau cinta
Lepaskanlah oh diriku dari belenggu
Syair janji mans mu dan sengsara hidupku

Selamat Berpuasa......

Nampaknya esok adalah hari pertama kita menyambut bulan Ramadhan yang mulia.....Sedih rasanya kerana tak dapat menyambut Hari pertama bersahur dengan keluarga,memandangkan aku bekerja disini.Balik pulak dah lewat malam pukul 11....Mana ada bas lagi nak balik kampung.Alangkah gembiranya hati kalau aku dapat bersahur dan berkumpul beramai2 dengan keluargaku.Namun apa boleh buat......Nampaknya aku terpaksa bersahur sendiri disini,dirumah sewaku.Nasib baik ada adik aku sorang ni.......Tak la aku kesunyian sorang2 bersahur.

Atie adik aku baru hari ni dapat panggilan kerja kat Jusco,bahagian Shushi.... Alhamdulillah,rezeki nya dapat juga tawaran bekerja disini,tidak sia2 setelah seminggu menunggu.Mudah2an dia dapat bekerja dengan selesa dan bersungguh2.....Mudah2an dia kekal bekerja disitu dan tidak bertukar kerja lagi.Itu la harapanku padanya selalu.Apapun,pagi ni aku kena bangun awal untuk bersahur,seawal jam 4 pagi untuk masak.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia pada semua umat Islam yang menyambutnya dan pada Keluargaku,Selamat berpuasa juga....
Mudah2an kita semua dapat menyempurnakan Bulan puasa ini dengan hati yang penuh ke ikhlasan dan penuh kesyukuraan kerana kita masih diberi peluang untuk menyempurnakannya........Alhamdulillah

Sendiri ......



Sendiri(Jamal Abdillah)

Sendiri
Manempuh hidup
Tiada berayah tiada beribu
Sendiri aku berjalan
Tiada harta menjadi bekalan

( korus )
Belum pernahku kesali hidupku
Lahir kedunia pun begitu
Suka dukaku tanggung sendiri
Dengan ketabahan hati
Mana saudara manakah teman teman
Disaatku memerlukan
Kepalsuanmu makin menjadi nyata
Kemesraan sementara

Sendiri
Kadang menyiksakan
Kerna tiada teman bicara


Aku sendiri tak tahu bagaimana harus aku gambarkan perasaanku sekarang.Ingin rasanya aku menjerit sekuat hatiku diatas gunung yang tinggi sehingga aku rasa lega dan puas.Ingin rasanya aku pergi jauh dari sini agar aku dapat menenangkan jiwaku yang kini sedang bergoncang,tiada ketenangan.......Ya,Ketenangan jiwa....Itu yang kucari selama ini.Aku belum temui.Aku ingin hidup bahagia dan tenang seperti insan lain sementara aku masih bernyawa dan hidup didunia ini.Masihkah ada peluang untukku menikmatinya...????Ya Allah........Dengarlah rintihan hatiku ini......Makbulkanlah permintaanku sebelum aku dijemput menghadapmu Ya Allah......

Monday, August 17, 2009

Nyanyian dari penjara (ORIGINAL): Permintaan Terakhir

Lagu Untukku.....

Aku rasa lagu ni sesuai untuk diriku.Liriknya memang kena dengan kisah hidupku.......
Macam2 perasaan ada dalam hati Sedih ada,keliru ada dan macam2 lagi yang sewaktu dengannya.....:(

Alyah - Tak Mungkin Kerna Sayang



Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Monday, August 10, 2009

Makna Disebalik Mimpiku

Re: MIMPI KEKASIH LAMA

wahai sang pemimpi wanita ...

Adapun orang Melayu percaya bahwa mimpi adalah mainan tidur, padahal ada hadis mengatakan tidur itu adalah mati kecil @ mawt as-saghir. Satu kaedah mengertikannya, ialah dalam konteks Melayu .. apabila anda tidak dapat main di hari siang, anda menangguh permainan ke hari malam, yakni ke alam mimpi, yakni ketika anda mati kecil.

Justeru bila anda mimpi akan kekasih lama [adakah anda tiada kekasih baru?] ianya tak lain bukan adalah lanjutan dari keinginan anda utk ber'main-main' dengannya yang samada tertangguh atau terbatal atau ter-ter di atas sebab2 yg anda saja yang tahu. Maka datangnya kekasih anda di dalam mimpi anda, adalah sama juga bepergian ruh anda melawat akan si dia. Yang datang dan yang pergi adalah sama. Anda dan hasrat anda sendiri. Dua wajah, satu muka.
Nampaknya, anda seorang yg berhati mulia, kerana sejurus bermimpi anda sudah risau akan keselamatan kekasih lama anda, menggartikan yg anda masih sayang pada si dia. Ataupon mungkin ada isu-isu keselamatan yg tak mampu anda bereskan ketika anda masih bersama si dia

Dalam Pencarianku tentang tafsiran mimpiku itu aku temukan Ini dalam satu laman web tersebut........Adakah benar tentang kenyataan ini.......????


Aku Bermimpi Lagi.......

Maalam tadi Aku tidur lewat sikit dari biasa.Dalam jam 12 lebih juga la,Selepas aku keluar makan dengan F kat Kfc Jusco.Saja aku ajak dia makan kat kfc sebab rasanya dah lama aku tak makan berdua dengan dia lagi,semenjak F dah bekerja kat tempat jauh ni,aku selalu makan sorang2.Maklumlah masing2 sibuk dengan kerja,nak makan berduapun tak sempat.Cuti pulak tak sama.F cuti hari Sabtu dan Ahad,aku pulak hari Isnin.So,nak jumpapun kat kiosk tempat aku kerja ni je la.........

Selepas F hantar aku balik,Aku belum dapat tidur lagi sebenarnya,tak tahu kenapa.....Aku rasa letih,tapi mata aku belum mengantuk.Last2 aku terlelap sendiri sampai la aku terjaga balik dalam jam 2 pagi.Aku terus ke toilet dan ambil wuduk".Mudah2an lepas ni aku dapat tidur dengan lena"( dalam hati aku berkata......)Memang aku tidur lena selepas tu sampai la aku terjaga dari mimpi kira2 jam 5 pagi.Aku bermimpi........Bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yang memang aku kenali.

Dalam mimpi tersebut aku bertemu dengan bekas kekasihku dulu Iaitu 'M'.Dalam mimpiku itu dia menumpang tidur dirumahku bersama isterinya.Aku baru balik dari kerja,lalu aku terpandang ada dua orang tetamu diruang tamu rumah sedang tidur,Aku perhatikan betul2.Belum sempat aku bertanya pada Emakku,lalu dia tersedar dari tidurnya."Anie.........Sayu dan lembut Dia memanggil namaku.Tanpa kusedari,air mataku mencurah2 membasahi pipiku dihadapannya.Rupanya aku menangis......Awak 'M' Ker...Dia mengangguk perlahan...

Tiba-tiba Aku teringatkan semua kenangan sewaktu bersamanya dulu.Masih segar bermain2 dimataku.Aku lihat Isterinya yang sedang tidur disebelahnya.Pilihan keluarga... katanya walaupun aku tidak bertanya.Aku sendiri tak tahu macam mana dia boleh datang dan menumpang tidur dirumahku ini.Dalam mimpi tersebut juga 'M'ada menujukan sebuah lagu padaku.Katanya lagu tersebut memang khas untukku.Aku tak ingat apa tajuknya.Tapi yang pasti lagu tersebut mengisahkan "kekecewaan hatinya kerana aku telah meninggalkan dirinya suatu masa dulu......."

Belum sempat aku ingin menerangkan sesuatu padanya,lantas dia pergi meninggalkan aku dan Isterinya yang sedang tidur dirumahku itu.Semakin aku ingin menghampirinya semakin jauh dia pergi meniggalkanku tanpa mempedulikan aku yang memanggil-manggil namanya disertai deraian air mataku.......Lantas aku terjaga dari mimpi dengan air mata yang masih belum berhenti mengalir dan membasahi bantal tidurku......

Ya Allah.......Apakah petandanya mimpiku ini????Aku kebingungan.......Berilah aku petunjuk Ya Allah.......!!!!! Keesokan paginya aku mencari tafsir tentang makna disebalik mimpku itu.Tapi aku belum dapat menemuinya.......Aku kini masih memikirkan tentang makna mimpiku itu...... Selagi belum dapat terungkai jiwaku belum tenang.......:(

Saturday, June 27, 2009

Mimpi Kelawar

Malam tadi aku bermimpi didatangi seekor kelawar yang agak besar.Kelawar tu seolah2 ingin menerkamku.Entah dari mana datangnya akupun tak tahu,yang aku nampak dia tersangkut dipintu bilikku dan sedang memerhatikanku sebelum ingin menghampiriku yang sedang tidur diatas katil tidurku.

Dalam ketakutan yang amat sangat aku hanya mampu berdoa supaya dia tidak mengapa2kan aku kerana aku tidur seorang diri dibilikku itu.Aku lihat kelawar tersebut terus terbang kearahku dengan membuka mulutnya yang luas sekali.Dalam mimpiku itu aku hanya menutup mata dan menjerit ketakutan.Lalu aku terus terjaga dari tidurku dan melihat jam Avonku menunjukkan pukul 4 pagi.Lantas aku terus mengucap panjang dan termenung seketika apakah tanda mimpiku ini......

Selepas itu aku terus kebilik air dan mengambil air wuduk.Lalu aku sambung tidur lagi,keesokkan harinya aku mencari tafsir mimpi tersebut di internet.Dan inilah hasilnya......

-Bermimpi melihat kelawar - alamatnya ekonomi dan kewangan diri bakal tergugat (terganggu)

Thursday, June 25, 2009

Ilmu Berguna Yang Harus Kita Ketahui

Seks Ketika Haid: Risiko Kesihatan dan Hukum
Aku pernah hantar email kat web Halaqah tentang SEKS KETIKA HAID, dan email yg aku dpt adalah spt ini, aku rasa baik kita kongsi

Seks Ketika Haid: Risiko Kesihatan dan Hukum





Sumber:
— Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria)
– Elak Bersama Ketika Haid, Harian Metro, Dr Ismail Thamby

Seks ketika haid, Islam mengharamkannya, perubatan moden menyanggahnya.

Apa Kata Hukum?

Islam mengharamkan seks ketika waktu haid. Hukum ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya :Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya. (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Nabi bersabda;Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad;(Riwayat Ahmad dan Tarmizi)

Kenali Haid

Haid sebenarnya ialah selaput dalam rahim atau endometrium yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya dan menjalani proses hancur lebur dan keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj. Ia bangkai yang membabitkan tisu dan sel mati dengan kandungan bakteria dan berbau seperti bangkai.

Risiko Kesihatan :

1) Kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina. Ketika haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya jika?berlaku persetubuhan ketika itu.

2) Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit.

3) Ada juga kemungkinan jangkitan merebak terus dalam salur darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan dikenali sebagai bacteriaemia yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mengakibatkan maut!

4) Menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

5) Wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda.

6) Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita.

7) Wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Jika Mahu Juga

Hubungan seksual masih boleh dilakukan ketika wanita itu kedatangan haid tetapi tanpa seks, seperti sentuhan intim di bahagian atas pusat.

Seks Dalam Haid Juga Boleh Akibatkan Hamil

Jika hubungan seksual dilakukan ketika haid berkurangan, kemungkinan wanita itu boleh hamil. Justeru, pendapat mengatakan wanita tidak akan hamil jika bersetubuh ketika dalam haid adalah tidak betul.

Sumber:
— Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria)
– Elak Bersama Ketika Haid, Harian Metro, Dr Ismail Thamby

Ilmu yang harus kita ketahui

Seks Ketika Haid: Risiko Kesihatan dan Hukum
Aku pernah hantar email kat web Halaqah tentang SEKS KETIKA HAID, dan email yg aku dpt adalah spt ini, aku rasa baik kita kongsi






Sumber:
— Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria)
– Elak Bersama Ketika Haid, Harian Metro, Dr Ismail Thamby

Seks ketika haid, Islam mengharamkannya, perubatan moden menyanggahnya.

Apa Kata Hukum?

Islam mengharamkan seks ketika waktu haid. Hukum ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya :Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya. (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Nabi bersabda;Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad;(Riwayat Ahmad dan Tarmizi)

Kenali Haid

Haid sebenarnya ialah selaput dalam rahim atau endometrium yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya dan menjalani proses hancur lebur dan keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj. Ia bangkai yang membabitkan tisu dan sel mati dengan kandungan bakteria dan berbau seperti bangkai.

Risiko Kesihatan :

1) Kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina. Ketika haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya jika?berlaku persetubuhan ketika itu.

2) Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit.

3) Ada juga kemungkinan jangkitan merebak terus dalam salur darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan dikenali sebagai bacteriaemia yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mengakibatkan maut!

4) Menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

5) Wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda.

6) Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita.

7) Wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Jika Mahu Juga

Hubungan seksual masih boleh dilakukan ketika wanita itu kedatangan haid tetapi tanpa seks, seperti sentuhan intim di bahagian atas pusat.

Seks Dalam Haid Juga Boleh Akibatkan Hamil

Jika hubungan seksual dilakukan ketika haid berkurangan, kemungkinan wanita itu boleh hamil. Justeru, pendapat mengatakan wanita tidak akan hamil jika bersetubuh ketika dalam haid adalah tidak betul.

Sumber:
— Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria)
– Elak Bersama Ketika Haid, Harian Metro, Dr Ismail Thamby

Wednesday, June 24, 2009

Balik Kampung

Minggu lepas aku balik Pontian dengan bf aku dan Fit.Mula2nya aku nak pergi dengan bf aku jer menaiki bas Express Maju.Aku dan bf ku minta tolong Fit hantarkan kitorang kat bus stop yang dekat dengan Pulai Spring tu.Tapi tiba2 Fit nak hantar kitorang terus ke Pontian pulak.Aku bukan ape,kesian kat Fit je,maybe dia penat kerana menurut katanya,dia baru balik dari bercamping dengan anak-anak muridnya anjuran sekolah mereka.

So,dengan rasa berat hati+segan kitorang ikut je la.Mungkin setelah dapat tahu tujuan kitorang nak ke pontian sebab nak ambik durian kat kampung aku tu kot....Terus hilang penat dia.Hehehe....."Kenapa tak bagitahu awal2 yang korang nak ambik durian...."Kata Fit....Bagus la sebab Fit nak tolong kitorang.Ialah,kalau kitorang pergi berdua je mesti tak boleh bawak balik punya.Dapat makan je la kat rumah aku tu...Siapa yang sanggup naik bas bawak durian jang oi......,nak kena jeling2 dengan penumpang lain ker.....Takpun kena sound dengan diorang.Baunya menyengat gitu....Silap hb ada yang muntah2 pulak sebab pening lalat akibat terbau durian yang menusuk kalbu tu.Takpun semua penumpang turun cari bas lain.Tinggal kitorang bertiga jer dalam bas tu.Sape lagi.....Aku,bfku dengan pemandu bas jer ler....Sape yang jawap nyah.....I tak samggup.....Larik......!!!

Sebenarnya mak aku asyik call aku je sebelum ni suruh aku balik walaupun sekejap.kata mak aku itupun dah tinggal balance2 je sebab aku susah sangat nak balik,dari awal2 musimnya sampai la penghabisan buahnya, baru sekali aku merasa raja segala buah tu."Kalau kau tak balik jugak hari ni,kempunan la kau Ani.......Dah nak habispun durian kat pokok tu...Dah beratus2 biji jatuh..."Ngomel aku....(Bukan aku sengaja tak mahu balik mak....Tapi kerana anakmu ini terlalu busy dengan kerja bulan ni,macam bisnes women lak aku.Lagipun anakmu ini belum dapat gaji lagi.....hehehe)

Sebenarnya buah durian tu bukan pokok sendiripun.Bapak aku pajak 3 pokok dengan Tuan rumah yang sebelah rumah aku tu.Setiap tahun musim buah je bapak aku mesti pajak punya,ialah dari beli baik tunggu je buah jatuh dekat dengan rumah aku lak tu....Berbaloi gitu...Puas jugak la kitorang makan masa tu.Siap bawak balik Taman U lagi,penuh bonet kereta Fit.Thanks....Fit,Jasamu teap kitorang kenang......."kami takkan luper hang punya.Hang dah banyak kali tolong kami na......"

Lepas makan durian kitorang makan nasi pulak,pergh.....Rasa nak meletup perut ni.kenyang sangat2.Mak aku yang masak malam tu+Ayam masak asam pedas dan sayur campur pemberian Fit.Katanya bawak dari sekolah,banyak yang lebih sampai bawak balik seperiuk untuk family dia dan satu tapawe sedang untuk kitorang makan ramai2.,Selera betul kitorang makan,dah lama tak makan ramai2 macam tu.Aku sampai tambah 2 kali lagi,bf ku pulak dah 3 kali dia tambah......

Seronok aku tengok bf ku itu makan banyak sekali pada malam itu.Kan bagus kalau dia makan setiap hari macam tu.Sejuk perut aku.Hehehe......(Sejuk perut ibu mengandung la) Fit kata,"Siapa yang nak bawak kereta ni??Aku dah tak larat kekenyangan ni........."!!!! Hehehehe.....aku dengan bf ku terdiam je la memandang sesama sendiri dengan tersenyum bagai kerang yang busuk,tanda mengaku kalah.....Walau apepun thanks yer Fit...Tapawe ko hari tu belum lagi aku pulangkan.Nanti aku pulangkan ea,Kalau aku balik Pontian nanti,aku mintak pada mak aku.Thanks jugak pada bf ku kerana sudi menemankanku balik kampung tempuh hari......Biler lagi kite nak pergi ni.....Lepas ni musim buah rambutan,manggis,ciku,langsat....errrrrr.... lagi buah ape ye yang ada kat rumah aku tu,nanti aku tanya mak aku balik la.Apepun aku happy sangat walaupun penat seharian menghabiskan masa cutiku ini.

Durian Telok Kerang

Gambar Hati


Bentuk hati akibat fenomena alam
PULAU SPITZBERGEN, NORWAY - Satu fenomena alam semula jadi berlaku apabila satu bentuk hati yang sinonim dengan lambang cinta terbentuk selepas ais cair di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Bentuk itu terjadi disebabkan oleh perubahan cuaca yang mencairkan glasier di pulau tersebut yang terletak 997.28 kilometer dari Kutub Utara.
Beberapa blok ais terperangkap ketika glasier bergerak menyebabkan satu lubang berbentuk hati berlaku yang kemudian dipenuhi air akibat hujan dan ais mencair.

Pulau itu mempunyai bilangan penduduk yang paling ramai di bahagian utara bumi walaupun jumlahnya tidak dapat menandingi beruang kutub.
Seorang pakar dari Universiti Aberystwyth, Dr. Bryn Hubbard berkata: "Glasier di kepulauan ini sudah berkurangan tetapi bentuk hati itu merupakan satu keganjilan. Anda perlu melakukan usaha terbaik untuk mencari satu lagi bentuk seperti itu." - Agensi

Petua Dari Emakku

Ha......Ni pulak Petua dari Emak aku,Emak aku selalu pesan petua/pantang larang yang terlalu banyak padaku sejak dari dulu lagi,banyak sangat sampai aku sendiri tak ingat semuanya.Ini adalah antara petua/pantang larang yang aku masih ingat la.....:)

1) Jangan menyanyi bila sedang memasak,nanti dapat suami tua.

2) Jangan tidur didepan pintu,nanti mudah mendapat gangguan/sihir.

3) Jangan tak basuh kaki sebelum tidur,nanti dapat mimpi yang bukan-bukan.

4) Jangan potong kuku tengah malam,nanti mudah dapat penyakit.

5) Jangan menyapu berbaring(Penyapu tu la yang dibaringkan atau mengiringkan),nanti



6) Jangan makan buah yang kembar,contoh seperti pisang,nanti dapat anak kembar.

7) Jangan ada anak patung atau replika seperti harimau dan sebagainya didalam rumah,gambar2 binatang didalam rumah,nanti malaikat tak masuk rumah kita.

8) Jangan bermain/duduk diluar diwaktu senja,sebab syaitan sedang berkeliaran nak balik rumah mereka.

9) Jangan mandi diwaktu senja/maghrib nanti lambat dapat jodoh.

10) Jangan meludah didalam tandas,nanti mudah ditumbuhi jerawat.

11) Jangan menjahit semasa hamil/mengandung nanti baby susah nak keluar.

12) Jangan makan berulam air,nanti perut buncit.

13) Jangan mengadap komputer@Laptop terlalu lama,nanti rabun mata tak nak boleh baik2 walaupun pakai permata hijrah.

14) Jangan TIDAK mempergunakan~STOP~yang diberikan itu.Nanti segala usus dan sewaktu dengannnya dalam badan habis rosak dan tidak berfungsi lagi.

Jangan....Eh berapa banyak jangan da....Hehehe yang penting yang no (13) dan (14) tu bukan petua dan pantang larang dari Emakku,tapi petua khas ditujukan pada bf aku yang degil ya ampun.......Harap bfku itu dapat memananfaatkan petua khas yang ditujukan ini padanya......Sayang,Jangan la degil sangat!!!Kate nak cepat baik.......

Petua Orang Lama

Petua Lama Orang Tua - 8 Tips Masakan





1. KESEGARAN SAYUR
Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur tadi didalam air yang dicampur cuka selama beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga akan menghilangkan kotoran pada sayur. InsyaAllah

2. MEMBERSIH KERANG
Mencuci kerang memang susah. Untuk itu, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaul bersama sedikit air. Setelah beberapa ketika, kerang akan bersih memutih. InsyaAllah

3. CUCUR KODOK
Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk. InsyaAllah

4. PERIA
Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda. InsyaAllah

5. MENGGORENG IKAN
Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi. InsyaAllah

6. MENGGORENG TAHU
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi. InsyaAllah

7. AYAM TIDAK HANYIR LAGI
Mereka yang gemar makan ayam, pasti tahu cara menghilangkan hanyir. Ayam dipotong dan dibersihkan, diperap beberapa minit dengan garam, asam jawa dan sedikit tepung gandum. Kemudian cuci bersih. Bubuh garam dan kunyit seperti biasa atau ramuan mengikit selera. Hasilnya ayam bertambah garing dan lazat. InsyaAllah

8. NASI HANGIT
Kalau nasi yang kita tanak tu hangit.. jangan buang… membazir.. cuba amalkan antara 3 petua nie…

-Pertama: -basuh cili kering dalam dua tiga tangkai… jangan dipotong.. -masukkan terus ke dalam nasi tersebut… biarkan seketika, -InsyaAllah nasi tak berbau.. (P/S: Jangan takut… tak rasa pedas nyer nasi tu.. sebab tak dipotong)

-Kedua: -kalau bau hangitnya tidak terlalu kuat, letakkan garam di atas tudung periuk dan InsyaAllah, takder bau hangit tu…

-Ketiga: -kalau kat rumah tu ada daun pisang, letakkannya menutupi permukaan atas nasi… biarkan sejenak…. InsyaAllah

Tuesday, June 23, 2009

Petua Untuk Bakal Suamiku

Fahami cemburu wanita
KEBANYAKAN lelaki tidak faham apa sebenarnya yang diinginkan wanita cemburu. Walau apapun yang dilakukan, isteri yang cemburu tetap cemburu.

Cemburu sebenarnya manifestasi hilangnya rasa selamat di hati si pencemburu. Hilangnya rasa selamat bukan hanya menimbulkan cemburu tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan.

Menurut pakar psikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila berkahwin dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber pertama adalah tingkah laku suami atau layanan suami kepadanya.

Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah laku positif.

Sumber kepuasan kedua datang daripada makna yang diberikannya terhadap tingkah laku suaminya. Perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mencipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita.

Perkara yang dilakukan suami diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa kepuasan yang sangat tinggi.

Tetapi bagaimana wanita memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas perbuatan dan tingkah laku suami?

Berikut adalah kriteria digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas setiap tingkah laku suami:

1. Bercakap dan berbual mesra dalam tempoh lama

Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita yang menjadi rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka.

Tetapi bagi wanita, perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang dan berbual mesra dengan wanita lain.

2. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa

Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya saja, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita.

3. Mencurahkan masalah peribadi

Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Justeru, apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah laku itu jatuh menjunam di mata si isteri.

Bagi si isteri, tingkah laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu bahkan menimbulkan rasa cemburu yang sangat kuat.

4. Eksklusif tanpa isteri

Lelaki melakukan pelbagai perkara dengan orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai rendah oleh isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.

5. Inklusif

Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan baik dengan isterinya atau dengan orang lain, contohnya makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya atau orang lain.

Perbuatan ini diberi nilai sederhana tingginya oleh itu isteri berasa sederhana puas apabila makan dengan suaminya. Suaminya duduk makan semeja dengan rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.

Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah laku itu turun ataupun hilang sama sekali.

Akibatnya, tingkah laku suaminya itu tidak lagi memberi kepuasan kepadanya.

Monday, June 22, 2009

4 ciri perempuan ahli neraka

Dalam kitab Muhimmah ada disebutkan hadis Nabi SAW mengenai 4 ciri perempuan ahli neraka.

1- Perempuan yang bermulut jahat kepada suami. Jika suami tiada dirumah, maruah dirinya tidak dijaga. Dan jika suami ada dia suka sakiti hati suaminya dengan kata- kata.

2- Perempuan yang menuntut itu ini dari suami di luar kemampuan suami.

3- Perempuan yang tidak memelihara auratnya di depan lelaki ajnabi ( lelaki asing ) dan suka keluar rumah memakai perhiasan untuk kelihatan lebih cantik.

4- Perempuan yang kerjanya hanya makan tidur , tidak mengerjakan sembahyang dan tidak taat pada Allah , Rasul serta suaminya.


Perempuan Di Neraka


Maka Rasullullah telah bersabda setelah pulangnya baginda dari Isra' dan Mi'raj tentang perempuan yang dilihat menerima balasan perbuatan di dunia. Antaranya,

Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,

Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti suaminya.

Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya kepada bayi yang lain tanpa izin suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah tanpa izin daripada suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tidak bersuci badannya dan tidak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringankan solat.

Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).

Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala **** dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (batu api) lagi amat dusta.

Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki


semoga semua mjadi ahli syurga

Saturday, June 20, 2009

Kejadian Misteri Di Jusco

Pagi itu,Selepas aku keluar dari Toilet ditingkat atas,Aku disapa oleh seorang makcik cleaner yang memang selalu berbual denganku apabila ternampak diriku.Selalunya ada saja cerita yang ingin disampaikannya.Termasuklah tentang kehidupannya yang memang tidak pernah berkahwin sejak dari zaman mudanya, kerana bapanya selalu menolak setiap pinangan jejaka yang bertandang kerumah.Cara penyampaian makcik tersebut seolah2 menyalahkan bapanya seratus peratus.Oleh kerana tindakan bapanya itu,kebencian dan kekesalan makcik tersebut jelas masih bersarang didalam hati biarpun bapanya telah lama meninggal dunia.

Menurut kata makcik tersebut,Bapanya terlalu memilih soal masa depan anaknya itu."Walaupun dah ramai makcik bawa balik kawan2 lelaki makcik untuk dikenalkan dengan bapak,tapi dia tak pernah merestui.Katanya semua lelaki yang makcik bawak balik tak bagus ,tak menjamin masa depan ,"tak senonoh la",dan macam2 lagi andaian yang bukan2 menyebabkan makcik timbul rasa benci pada bapak makcik sendiri...Tak tahu la lelaki yang macam mana la yang dia berkenan agaknya,macam bapak makcik pulak yang nak kahwin.Mungkin dia nak tunggu anak raja datang meminang makcik baru la dia puas hati...."Keluh makcik tersebut padaku kerana disebabkan bapanyalah makcik tersebut masih lagi digelar Andartu sehingga kini.

Kesian pulak aku melihat makcik tersebut."Sabar ye makcik,semua yang berlaku ada hikmahnya,Makcik tak boleh salahkan bapak makcik tu lagi,Lagipun dia dah lama tinggalkan makcik kan ..... Setiap hambanya akan menerima ujian yang berbagai2.Tiada seorangpun hambanya yang terlepas dari ujian Allah.Kerana dia lebih mengetahui segala2nya.Sayapun tak tahu la apa nasib hidup saya lepas ni,Yang penting kita dah berusaha yang terbaik untuk kita,yang lain kita serahkan saja padanya yang berkuasa.Siapalah kita untuk menentukan jalan hidup kita sendiri,Sabar ye makcik....."Jawapku serba ringkas pada makcik tersebut.Mudah2an Allah bukakkan hati makcik tersebut agar dapat menerima suratan hidupnya yang kurang bernasib baik itu.

Tengah hari nya pula aku ketoilet lagi,Tak tahu la sejak aku mengambil Oganik Nutri detok dari Jelita Ayu tu,aku kerap ketoilet membuang air kecil.Mungkin itu kesan sampingannya.Tetapi aku sangat berpuas hati kerana aku dapat rasakan perubahannya.Badanku kurang sakit2 lagi seperti dulu, dan aku daapt rasakan badanku bertenaga sedikit dari sebelum ini.Mungkin kerana proses pembuangan toksin telah berlaku fikirku.Selepas aku keluar dari toilet,aku ternampak makcik tersebut sedang mengelap cermin depan singki,lantas dia menegurku lagi." Adik ada pergi toilet bawah tak hari ni"?Tanya makcik itu padaku."Belum lagi la makcik,kenapa ye...."?Tanyaku.

"Nanti kalau makcik cerita kau takut pulak....."Lalu aku terus bertanya ada apa sebenarnya yang berlaku,Melihatkan aku beriya benar ingin mengetahuinya makcik itu memulakan cerita."Semalam makcik jaga toilet bawah. Lebih kurang dalam pukul 7:30 malam toilet tu dah takde orang keluar masuk,Jadi makcik duduk la berehat kat kerusi yang depan cermin tu sorang2.Tiba2 makcik dikejutkan dengan satu lembaga yang lengkap memakai sari berwarna hijau muncul ditepi makcik,"Makcik lihat mata sebelahnya berlubang.Memang menyeramkan.Makcik tengok bawah pulak,tapi tak nampak kaki.....Rasa lain macam je,jadi makcik terus keluar dan meninggalkan dia yang masih lagi berdiri kat situ.Lepas tu ,makcik duduk kat bangku panjang yang dekat pintu masuk toilet, Yang peliknya takde sesiapapun yang keluar dari toilet.Tak lama lepas tu makcik masuk toilet balik,makhluk tadi dah takde.Semua toilet makcik buka tapi kosong.......Itu yang makcik rasa tak sedap hati".

Terdiam aku mendengar cerita makcik yang panjang lebar tu tadi.Dengan penuh tanda tanya aku meninggalkan makcik tersebut yang masih kebingungan dan bercerita dengan orang lain yang turut berada disitu. Berbagai soalan bermain difikiranku.Benarkah cerita yang kudengar itu tadi?kalau benar siapakah makhluk tersebut?Kenapa dia muncul dengan tiba2-tiba?Apa yang dia mahukan sebenarnya?.Soalan yang tiada jawapannya.Hanya Allah saja yang tahu semua kejadian tersebut.Kerana selang dua hari selepas cerita yang kudengar itu ada lagi seorang kakak cleaner yang bertugas ditoilet bawah melalui kejadian sama yang menimpa makcik tersebut sebelum ini.....Tiada siapa yang tahu tujuan makhluk tersebut dengan tiba2 menjelmakan diri.Sekarang cerita tersebut telah menjadi buah mulut dari seorang keseorang dan telah menggemparkan Jusco Taman University."SESUNGGUHNYA SETIAP KEJADIAN ADA HIKMAHNYA.......Hanya Allah saja yang tahu jawapannya."Jadi jangan biarkan diri anda diselubungi misteri.........!!!!!!!