Monday, August 31, 2009

kisahku Dan Lagu



Berikanku bahagia
Hidup bebas
Mencari jalan sendiri
Jauhi akan derita

Ku jangan diganggu lagi
Kasihanilah
Ku ingin nikmat bahagia
Menempuh hidup baru

Kata manis sumpahan
Janji akan setia
Curahan ketika kita
Dalam bermesra

Oh itu
Hanyalah godaan
Memujuk hati ini
Oh itu telah pun ku tahu
Diriku telah terpedaya

Sunday, August 30, 2009

Perkembangan Janin Dalam Rahim "Ibu"



# Hanya Seorang yang pernah bergelar "Ibu" telah melalui detik2 getir seperti ini.seperti kata pepatah,"Bagai nyawa dihujung tanduk"disaat melalui detik2 yang mencemaskan hingga bertarung dengan nyawa sendiri.Disaat itu....Tiada apa yang mampu dilakukan,hanya berserah segala jiwa dan raga sepenuhnya pada yang Maha kuasa.Antara dua pilihan samaada hidup atau pergi buat selamanya........

Kisah Untuk Iktibar

#Jangan Sia-siakan Cinta Dan Kasih Sayang Yang Sudah Ada,Sebelum Ia Hilang Dan Pudar Begitu Saja#

~Nur Jannah~

Sebak! Hati ini terlalu sebak. Lutut ini terasa lumpuh untuk menanggung
beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku, apatah
lagi di usia yang telah agak banyak ini. Kalaulah aku tahu beginilah
hatinya, sumpah aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah
tenang. Tidak kelihatan walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya
malah bibirnya. Segalanya masih sama seperti dulu. Aku leka. Leka dengan setiap kehendak hatiku. Semua tingkah laku ku tidak pernah dipersoalkan.

Cuma ketika dia menurunkan tanda tangan keizinan, aku lihat ada titisan
air mata gugur di pipinya. Itulah kali terakhir aku lihat dia menangis. Dia tidak menuntut apa-apa dariku untuk dirinya selain dari mengingati aku tentang nafkah anak-anak kami yang seramai lima orang. Dia meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesi kaunseling
selesai. Aku mempelawa untuk menghantar pulang. Dalam senyuman yang kukira dibuat-buat, dia menolak dengan alasan, mulai dari hari ini dia akan belajar untuk mengurus hidupnya sendiri.

Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niatku
mengahwini Normi. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku memintanya menggosok sepasang baju Melayu, pakaian pengantinku. Cuma di kala itu aku kehilangan senyuman manja daripadanya. Dia terus berwajah tenang dan syahdu. Sebelum aku melangkah pergi, dia masih seperti selalunya, bersalaman dan mencium tanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik.

Aku mengahwini Normi setelah setahun menjalin persahabatan. Aku sendiri kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Normi. Cuma yang aku sedar, aku kasihankan kepada anaknya yang sedari awal memanggil aku ayah. Mungkin juga kerana Normi cantik. Perwatakannya yang manja membuatkan ramai lelaki tergoda. Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya.

Walau apa pun alasan, antara aku dan Normi memang ditakdirkan ada jodoh, kerana itu kami berkahwin. Walau ibu dan ayahku malah s audara mara menentang hebat kemahuanku. Apa kurangnya Nurjannah, soal mereka. Memang aku akui, tiada cacat celanya Nurjannah. Dia memiliki semuanya. cantik dan seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang isteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah menjadi rebutan pemuda sekampung. Di antara mereka, aku orang yang paling bertuah menjadi pilihan Nurjannah. Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa kesyukuran. Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak pernah mengeluh keletihan melayan kerenah anak-anak walau aku kurang membantu. Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yang dimusykilkan di hati ini terhadapnya. Segalanya cukup sempurna. Pendidikan agama untuk anak-anakku juga diberikan oleh Nurjannah.

Semua anak-anakku khatam Al Quran di usia sepuluh tahun. Semua itu
Nurjannah yang ajarkan. Anak-anakku tahu akan tanggungjawab mengerjakan sembahyang seawal usia enam tahun. Itu juga Nurjannah, isteriku juga yang ajarkan. Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan oleh Nurjannah. Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju hinggalah ke stokin Nurjannah sudah aturkan. Aku cuma capai sahaja. Ketika aku berwuduk, Nurjannah telah siap membentang sejadah sembahyang. Setiap kali aku pulang kerja, sekurang-kurangnya, segelas minuman telah tersedia di ruang rehat.
Nurjannah tidak pernah menyusahkan aku walau menghantarnya ke pasar. Katanya, dia boleh pergi sendiri. Selama sebelas tahun hidup bersamanya, Nurjannah faham benar seleraku. Selama sebelas tahun itu juga seingatku tidak pernah sekalipun Nurjannah menyakiti hatiku.

Menjelang hari-hari perayaan, ketika rakan-rakan sepejabatku mengeluh
kerana isteri di rumah minta menukar langsir baru, Nurjannah isteriku
di rumah terbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberi bonus tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isteri masing-masing turut meminta imbuhan untuk membeli seutas dua barang kemas. Tetapi isteriku Nurjannah tidak pernah meminta semua itu. Nurjannah
menasihati aku agar menyimpan wang lebihan. Untuk kegunaan masa depan katanya. Akhirnya aku menggunakan wang simpanan tersebut untuk perkahwinanku dengan Normi, madu Nurjannah. Setelah berkahwin dengan Normi, barulah aku merasai segala masalah seperti yang dihadapi teman-teman sepejabatku. Apa nak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan sepahit mana sekalipun, terpaksalah ditelan jua. Apatah lagi aku dan Normi telah dikurniakan seorang cahaya mata.

Sepanjang perkahwinan dengan Normi, aku memang jarang-jarang sekali
pulang ke rumah Nurjannah. Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali. Itupun untuk memberi wang perbelanjaan anak-anak. Nurjannah tetap dengan sifat sabarnya. Walau aku memperlakukannya sedemikian, dia tidak pernah marah-marah apalagi mengamuk. Setiap kali kepulanganku, dia sambut tanpa secebis riak kemarahan. Bersalam dan mencium tanganku. Dia tetap menyediakan makanan kegemaranku. Cuma yang amat aku terasa, aku kehilangan senyuman mesranya. Dia pernah meminta izinku membantu abangnya yang berniaga di kedai runcit berhampiran dengan rumah kami.

Aku sedar, mungkin perbelanjaan harian dariku tidak mencukupi, tetapi
aku buat-buat tidak tahu. Lagipun Nurjannah tidak pernah menyebutnya. Aku lihat tubuhnya kurus sedikit. Aku bertanya padanya apakah dia sakit atau ada apa-apa masalah. Namun dia hanya menggeleng kepala.

Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah aku berkahwin lain.
kelima-lima anakku dengan Nurjannah tidak pernah menunjukkan tanda-tanda membantah atau marah. Cuma antara kami kurang mesra, mungkin kerana sudah jarang berjumpa. Alhamdulillah aku punyai anak-anak sebaik Nurjannah. Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah menjejaki menara gading. Terasakan begitu cepat masa berlalu. Anak-anakku sudah menjangkau dewasa.

Fahmi anakku yang sulung menjawat jawatan doktor, Fariza menjadi
pensyarah, Fakhrul pu la pegawai di jabatan kerajaan, Farihin seorang guru dan Farina telah tamat dan majlis konvokesyennya akan diadakan dua hari lagi. Aku pulang hari ini, di atas permintaan Farina agar aku dan ibunya hadir di majlis bersejarah baginya.

Seingat aku telah dua bulan aku tidak menjengah Nurjannah. Namun
kepulanganku tetap disambut baik oleh Nurjannah. Bersalam dan mencium tanganku seperti dulu-dulu. Dia tidak pernah menunjukkan riak kurang senang padaku. Walhal sudah banyak perkara yang telah aku lukai hatinya, namun sukar untuknya menunjukkan rasa memberontak. Kesabarannya banyak mengajarku apa erti kesetiaan seorang suami. Aku akui bukan seorang suami yang adil. Adil dalam mencurahkan kasih sayang. Mungkin juga pengaruh isteri mudaku, namun aku tidak menyalahinya. Keterlanjuranku mengahwini memberi satu perbandingan yang nyata antara keduanya.

Namun kesalahan masih berpihak padaku seolah-olah tidak mampu untuk
berlaku
adil.! Hari ini Nurjannah memasak lauk kegemaranku, udang masak lemak
cili
padi. Selera sungguh aku makan. Suasana di meja makan sunyi sepi. Fariza
yang juga makan bersama kami, aku lihat asyik menyuap nasi ke mulut.

Nurjannah membisu seribu bahasa dan aku sendiri bagai kehilangan cerita.

Sebenarnya jauh di sudut hati, aku terlalu lama rindukan gelak tawa
Nurjannah.

Entah kenapa hari ini aku kehilangan punca mencari kemesraannya. Sesudah

makan malam aku duduk-duduk di ruang tamu di samping Fariza. Nurjannah
menghampiriku sambil menghulur satu sampul surat berwarna jingga.
Aku masih ingat, itulah sampul surat kad undangan perkahwinanku dengan
Normi.

Aku bagaikan tersentak. Borang permohonan cerai. Telah lengkap diisi
hampir
terlepas dari tanganku. Aku terpempan. Terkedu.

Hilang sudah segala kekuatan yang ada. Aku cuba menolak rasa sangsi.
Adakah aku berdepan dengan realiti atau sebaliknya. Aku lihat reaksi
Nurjannah, tenang dan bersahaja. Ada sesuatu yang ingin diutarakannya.
Aku menunggu dengan sabar, mahu penjelasan yang wajar darinya. "Bang,
lapan
belas tahun yang lalu, Jannah dengan rela hati menandatangani borang
permohonan poligami, Jannah harap abang juga boleh lakukannya sekarang,"
pintanya dengan suara yang aku rasakan bagai belati menghiris hati.
Rasanya ingin gugur air mata lelakiku.

Namun kutahan. Adakah ini balasan untuk pengorbanan yang telah kau
lakukan.

Kukira langkah mu tidak akan terlanjur sejauh itu. Nurjannah, barang
kali
beginilah deritanya hatimu dulu, ketika mahu melepas pergi orang yang
dikasihi..

'Jannah tak mahu abang terus dihumban dosa kerana sememangnya abang
tidak
pernah berlaku adil. Selama ini pun Jannah hanya tak mahu kehidupan
anak-anak kita terganggu lantaran sikap kita. Jannah rasa pengorbanan
Jannah sudah sampai ke penghujungnya. Lagi pun kesabaran Jannah sudah
tinggal sia-sia. Jannah tidak mahu jadi isteri derhaka apabila kesabaran
sudah tiada lagi. Anak-anak kita pun sudah dewasa, mereka sudah boleh
hidup sendiri," Nurjannah bersuara lagi tanpa sebarang riak api
kebencian kepadaku.

"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk hantar ibu tunaikan
fardhu haji tahun ini," sambung Fariza. Aku merenung mata Fariza
dalam-dalam. Lama.
Sehinggalah Fariza bersuara. "Kami bukan tak mahu hantar ayah ke Mekah,
tapi kalau ayah pergi nanti, siapa nak jaga mak cik Normi, kan ayah tak
pernah tinggal mak cik Normi sorang-sorang."

"Jannah, abang tak mahu kehilangan Jannah, biar abang tinggalkan Normi,"

pintasku cuba melerai! kekusutan yang membelit diri.

"Sejauh mana sekali pun abang tinggalkan Normi, hati Jannah tetap
terluka.
Tanda tangan borang tu bang," pinta Nurjannah sungguh-sungguh.

Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat pernah memanahi
pendengaranku dan beban yang teramat sarat yang menghempap bahuku.

Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang sering dihampar oleh Nurjannah
isteriku. Dengan langkah yang longlai aku mengambil wuduk, Nurjannah
hanya memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang aku mencari-cari
sejadah yang terbentang. Tiada. Aku jatuh terduduk.

Sukarnya Memahami Hati Sendiri

Sukarnya memahami hati sendiri,
kerana akal dan hati selalu tak sekata.

Hati mahu lupakan dia...
hati mahu lepaskan dia..
hati mahu lenyapkan memori bersama,
hati mahu padamkan cinta.

tapi,
hati enggan mendengar kata,
hati enggan melepaskan cinta,
hati enggan memadam memori,
walau hati parah terluka.

sakit bila terluka..dan dilukai..
pedihnya, rindu didustai..
pilunya, kasih separuh hati,
sedihnya, cinta dimata, bukan dijiwa.


dia memberi bukan sepenuh hati,
dia menyintai bukan sepenuh raga,
dia menyayangi, bukan seikhlas hati,

tapi hati ini tetap begini,
hati ini tak mahu melupakan dia,
hati ini tak mahu membuang dia,
hati ini masih mahu bertahan,
hati ini masih mahu menagih kasih,
hati ini masih mahu menyintai,
hati ini masih mahu membeli jiwa.

walaupun semakin hari semakin sakit,
walau semakin hari semakin pedih,
walau semakin hari semakin luka,
walau semakin hari semakin tercarik,

sukarnya melayan kehendak hati,
sukarnya melayan kehendak jiwa,
sukarnya melayan kemahuan perasaan,
sukarnya melayan rasa cinta yang menyiksa.

akal waras kalah dek kehendak rasa,
akal waras mengalah bahana gelora jiwa,
akal waras tak mampu melawan kemahuan hati,
akal waras sering dilupakan demi melayan kehendak cinta.

kenapa ada insan yang tak mahu mengerti,
kenapa ada insan yang tak mahu menghargai,
kenapa ada insan yang tak menyedari.
kenapa ada insan yang memandang sepi,

sukarnya memahami hati sendiri,
susah lagi memahami hati orang lain,
sukarnya melayan perasaan sendiri,
susah lagi melayan perasaan orang lain.

sukarnya mengikut kehendak hati sendiri,
sukar lagi mengikut kehendak hati orang lain,
sukarnya melawan perasaan sendiri,
sukar lagi melawan perasaan orang lain.

hari ini, bertekad untuk berlalu pergi,
esok, pasti hati berubah lagi..
hari ini, hati mahu melupakan dia,
esok, hati kembali menganyam cinta.

hari ini, tak mahu mengingati dia lagi,
esok, dia juga yang dicari.
hari ini, ku mohon agar hati bisa tabah menghadapi,
esok, hati kembali mohon dicintai.

hari ini, semua kenangan mahu dilupakan,
esok, diari lama dibuka kembali.
hari ini, dibina tembok pemisah, kononnya utuh,
esok, dengan mudah tembok diruntuh...

sukarnya melawan perasaan ini sendiri,
kenapa dia tak mengerti,
kenapa dia tak memahami,
kenapa dia tak menyedari.

setiap hari, mencari kekuatan,
setiap hari, mencari kebenaran,
setiap hari, cuba melupakan,
setiap hari, cuba tetapkan hati.

tapi,
setiap hari juga dia kembali,
setiap hari dia datang mencari,
setiap hari dia menjengah,
setiap hari, dia seakan tak mahu pergi.

sering bertanya sendiri,
cinta siapa di dalam hatinya,
kasih siapa bertahta di sanubarinya,
wajah siapa di dalam mindanya,
milik siapa jiwanya..

Ya Allah,
berikan aku kekuatan,
berikan aku ketetapan hati,
berikan aku petunjukmu,
berikan aku jalan,

Ya Allah,
ku mohon ketenangan,
Andai dia bukan untukku,
hilangkan dia dari ingatan,
hilangkan rasa cinta ini,
hilangkan rasa kasih yang makin mendalam,
hilangkan rindu yang semakin mendendam,

hati tak mampu lagi bertahan,
hati tak mampu lagi memendam rasa,
hati tak mampu lagi menipu diri,
hati tak mahu selamanya begini.

biarlah hati ini tenang sendiri,
biarkan hati ini aman sendiri,
biarkan hati ini tiada penghuni,
biarkan hati ini begini seketika...

ku lepaskan dia pergi...
biarkan dia mencari cintanya,
lepaskan dia dari ikatan perasaan,
bebaskan dia dari penipuan...

semoga dia ketemu cintanya,
semoga dia ketemu idaman,
semoga dia ketemu apa yang hilang,
semoga dia ketemu apa yang dicarinya...
yang tiada dalam diri ini...
yang tak sempurna dalam diri ini..

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu."

**SaNtaPaN RoHaNi**

***Jika Hati seJerniH Air...
Jangan Biar Ia KeruH,
Jika Hati SePuTiH AwAn ....
janGan BiaR iA MenDunG....
Jika HaTi SeIndaH BuLaN...
HiaSiLaH Ia DenGan ImaN.....***

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:

-1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.
__________________

Tuesday, August 25, 2009

Kisahku Dan Lagu

Kisahku Dan Lagu

Kisahku Dan Lagu

Kisahku Dan Lagu

Kisahku Dan Lagu

Kisahku Dan Lagu

Mengalir Air Mataku Mendengar Lagu Dari A.Sudirman Ini



Jika aku diberi peluang Oleh Allah S.w.t,Aku ingin Menjaga kedua orang tuaku sehingga keakhir khayatku.......aku ingin mereka berdua sihat dan terbela nasibnya,aku ingin membahagiakan mereka dan aku ingin menjadi kebanggaan kedua orang tuaku itu.Jika aku orang senang,tak ingin sekali aku melihat kedua orang tuaku itu bekerja lagi,biarlah mereka tinggal dirumah dan berehat serta hanya membuat amal ibadah mengingatinya.......Tak sampai hati aku melihat kedua orang tuaku itu membanting tulang dan bekerja keras demi membesarkan kami adik beradik.

Ya Allah Ya Tuhanku,anugerahkanlah kesihatan dan kesejahteraan pada kedua orang tuaku sepanjang hidupnya.Aku tak ingin mereka bersusah hati dan bersedih mengenangkan nasibku selama ini....

Sunday, August 23, 2009

Teh Misai Kucing Polens

SHAH ALAM - Polens (M) Sdn. Bhd. (Polens), sebuah syarikat pengeluar produk herba tempatan menyasarkan peningkatan jualan Teh Herba Misai Kucing kepada 180,000 kotak sepanjang Ramadan berbanding 100,000 kotak setiap bulan di seluruh negara.
Pengurus Operasi Polens, Azman Jamaluddin berkata, sasaran itu berdasarkan pakej buah kurma berkualiti tinggi yang ditawarkan pihaknya kepada para pelanggan secara percuma dengan pembelian setiap kotak produk minuman kesihatan tersebut.
Menurutnya, pelanggan produk keluarannya itu terutama pengidap diabetes juga dijangka meningkat kerana Ramadan adalah bulan terbaik untuk mereka menurunkan tahap glukosa darah dengan mengamalkan minuman berkenaan.
"Teh herba ini juga terkenal sebagai egen detoksifikasi dan antioksiden yang membantu merawat masalah batu karang dalam buah pinggang, infeksi saluran pundi kencing dan gout selain mengimbangi tekanan darah.
"Produk yang dihasilkan dari sebuah ladang tanaman misai kucing seluas 40 hektar di Rawang ini boleh didapati di 500 farmasi dan pasar raya di seluruh negara," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.


-Kosmo-


Aku ingat nak suruh Bapak aku try la Teh Herba ni,sebab Bapak aku ada penyakit berkenaan dengan pundi kencingnya.Kalau dah datang penyakitnya tu,sampai boleh menangis sebab dah tak tahan menanggung kesakitan.Sedih aku bila mengenangkan penyakit Bapak aku tu.Dah macam-macam jenis ubat aku bagi try pada Bapak aku,ubat klinikpun dah tak larat Bapak telan lagi,macam-macam ubat juga.Tapi......Tetap masih belum sembuh sepenuhnya.Kalau datang penyakitnya tu,Bapak aku terpaksa pergi klinik dan kena pasang beg plastik yang untuk menampung air kencing tu.Sampai berbulan2 Bapak aku dinasihatkan duduk dirumah dan tak boleh buat kerja berat.

Tapi yang paling buatkan aku sedih sampai sekarang ni,Mak aku mengadu dengan aku semalam yang Bapak aku dah mula nak datang penyakitnya lagi.Tapi Bapak aku tahan.Dia buat2 sihat depan anak2nya.Mak aku je yang tahu kasakitan yang sedang Bapak tanggung. Kata Mak aku lagi semalam Bapak ada cakap pada Mak macam ni..."Mas,Boleh ke aku bertahan lagi....."Sambil menangis Mak mengadu dengan aku.Akupun tanpa disedari Berderai air mata dan membasahi pipiku mendengar berita yang Mak sampaikan padaku pagi taditadi.Tapi Bapak aku tetap cuba tunjukkan dirinya sihat depan anak2nya, mungkin Bapak aku taknak anak2nya risaukan pasal dirinya........Bapak......Ani takkan biarkan Bapak menaggung kesakitan lagi ye.Ani akan cuba sedaya yang termampu.Selain ubat,Doa Ani juga sentisa mengiringi diri Bapak supaya Bapak cepat sembuh dan sihat seperti orang lain.

Bapak......Ani sayangkan Bapak sangat2 tau........Bapak dah banyak sangat berkorban demi untuk membesarkan saya selama ni.

DOA HARIAN

Dibawah ini kami himpunkan doa harian dalam bahasa melayu untuk diamalkan, semuga anda akan memperolehi manfaat daripadanya.

DOA BAGI ANAK YANG BARU LAHIR
Aku mohonkan perlindungan kepadaMu dengan kalimat-kalimat Allah agar terhindar dari godaan-godaan syaitan dan binatang berbisa; dan sorotan mata jalang yang berakibat buruk.
www.familiazam.com
DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN
Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.
www.familiazam.com
DOA DALAM SEGALA WAKTU TERUTAMA SELEPAS SOLAT
Wahai Allah, sesungguhnya hamba memohon perlindungan pada Tuhan daripada ilmu yang tidak bermanfaat dan dari amal yang tidak diterima serta dari permohonan yang tidak didengar (dimakbulkan).
www.familiazam.com
DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN
Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.
www.familiazam.com
DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku mohon kepada engkau petunjuk dan taqwa, iffah (berhati-hati dalam segala hal) dan kekayaan jiwa.
www.familiazam.com
DOA MENYEMBUHKAN DEMAM
(Jika suhu badan meningkat naik tanpa merasai sejuk, ayat-ayat al quran berikut dibaca)
Katakanlah: Wahai api, jadilah dingin dan selamat untuk Ibrahim.
www.familiazam.com
MOHON KEBAHAGIAAN SEPANJANG HARI
Wahai Allah, jadikanlah hari kita ini merupakan kebaikan, sedang pertengahannya merupakan kebahagiaan dan penghabisannya merupakan keuntungan.
www.familiazam.com
DOA UNTUK MENERANGKAN PENGELIHATAN
Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)

DOA KETIKA TIMBUL PEMIKIRAN JAHAT
Aku berlindung diri pada Allah dari gangguan syaitan; dan aku berimah kepada Allah dan rasul Nya.
www.familiazam.com
DOA KETIKA MENEGUK AIR
Ya Allah, berilah kami minum dan berkatilah kami dengan turunnya hujan.

DOA SEWAKTU MELIHAT KEMUNGKARAN
Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
www.familiazam.com
DOA KETIKA BERHENTI DI SUATU TEMPAT
Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari bahaya apa yang telah dijadikan.

DOA KETIKA PULANG DARI PERJALANAN
Ya Allah, kami semuanya kembali, bertaubat, beribadat dan memuji syukur kepada Tuhan kami.
www.familiazam.com
DOA AGAR TIDAK MEMBANTU ORANG BERDOSA
Musa Berdoa: "Ya Tujhan ku, demi nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepadaku. aku sekali-kali tidak akan menjadi penolong bagi orang-orang yang berdosa.

TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS
Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.
www.familiazam.com
DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW
Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.

DOA MOHON DIBERI HIKMAH KEBIJAKSANAAN
Ya Allah, bukakanlah kepada kami hikmat Mu, dan limpahkanlah atas kami rahmat dari perbendaharaan rahmat Mu, Ya Allah Tuhan kami yang maha kasih sayang.
www.familiazam.com
DOA MOHON DITETAPKAN IMAN
Ya Allah, Tetapkanlah kami dalam agama "Islam" dan peliharalah iman kami.

DOA MENGHADAPI MUSUH YANG MENGANCAM DIRI KITA
Cukup aku berpegang kepada Allah dari segala sesuatu, Allah mengalahkan segala sesuatu, tidak terhenti sesuatu kerana perintah Allah, tidak ada daya dan kekuatan, hanya daya dan kekuatan Allah yang maha tinggi dan maha besar.
www.familiazam.com
DOA BADAN TERASA SAKIT
Ya Allah, Tuhan sekalian manusia , semuga Engkau hilangkan penderitaan ku dan Engkau sembuhkan aku, Ya Allah tuhan yang maha penyembuh. Tidak ada kesembuhan, hanya kesembuhan yang datang dari Engkau, kesembuhan yang tidak berulang lagi. didalam tangan Mu semua kebajikan dan Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

DOA MOHON DITAMBAH ILMU DAN MUDAH MEMAHAMI
Ya Allah, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku faham dan pengertian yang baik.
www.familiazam.com
DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR
Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.

DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT
Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
www.familiazam.com
DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI
Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.

DOA MOHON DIHILANGKAN RASA TAKUT TERHADAP SYAITAN
Aku berlindung dengan kalimah Tuhan yang maha sempurna daripaga syaitan yang menggoda dan dari pandangan mata yang menyeramkan.
www.familiazam.com
DOA MOHON KEKUATAN IMAN
Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.

DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KAFASIHAN
Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.
www.familiazam.com
UCAPAN KALIMAH TAHMMID SETELAH BANGUN TIDUR
Segala puju bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali setelah dimatikan Nya untuk sementara waktu, dan kepada Nya kami akan kembali.

DOA KETIKA DATANG MUSIBAH
Ya Allah, berilah ampunan kepadaku dan dia dan ikutkanlah aku bersamanya dengan akibat yang baik.
www.familiazam.com
DOA JIKA MEMPUNYAI HAJAT YANG BESAR
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu iman yang aku guna untuk mencari kebenaran. Cahaya yang aku jadikan ikutan dan rezeki yang aku cukupkan.

DOA TOLAK BALA
Puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari apa yang ia memberi percubaan kepadaku, dan Ia telah mengutamakan aku dari segala banyak makhluk.
www.familiazam.com
DOA MINTA MULIAKAN KELUARGA
Ya Allah! berikanlah bagi kami isteri dan anak-anak yang menyenangkan hati dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.

DOA UNTUK PENGANTIN
Mudah-mudahan Allah memberkati engkau segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikkan.
www.familiazam.com
DOA KETIKA MEMULAKAN SOLAT
Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada Mu dari bisikan-bisikan syaitan. dan aku berlindung kepada Mu (pula), wahai Tuhan ku dari kedatangan mereka kepadaku.

Thursday, August 20, 2009

Sengsara........

Lirik lagu yang menyentuh perasaanku kini....

Ezlyin~Sengsara

Bersendiri di kamar sepi daku meratapi
Subuh bakal menyingsing
Mengenang yang jelas terang...cinta nan curang
air mata berlinang
Fikirkan apa yang kurang...
Pada diriku atau salah lakuku
Seminggu daku berkurung
Umpama tangis berkabung

Korus:
Jangan lagi kau berdusta
Janganlah berkata kau masih menyinta
Kerna ku akan percaya
Terus terpedaya...terus sengsara

Oh kenapa daku tersedar
hakikat sebenar setelah terlalu lama
Menyinta penuh setia beri peluang
Namun ia berulang
Terlantar terketar-ketar kedinginan berselubung kenangan

Jika benar kai kata daku kau cinta
Lepaskanlah oh diriku dari belenggu
Syair janji mans mu dan sengsara hidupku

Selamat Berpuasa......

Nampaknya esok adalah hari pertama kita menyambut bulan Ramadhan yang mulia.....Sedih rasanya kerana tak dapat menyambut Hari pertama bersahur dengan keluarga,memandangkan aku bekerja disini.Balik pulak dah lewat malam pukul 11....Mana ada bas lagi nak balik kampung.Alangkah gembiranya hati kalau aku dapat bersahur dan berkumpul beramai2 dengan keluargaku.Namun apa boleh buat......Nampaknya aku terpaksa bersahur sendiri disini,dirumah sewaku.Nasib baik ada adik aku sorang ni.......Tak la aku kesunyian sorang2 bersahur.

Atie adik aku baru hari ni dapat panggilan kerja kat Jusco,bahagian Shushi.... Alhamdulillah,rezeki nya dapat juga tawaran bekerja disini,tidak sia2 setelah seminggu menunggu.Mudah2an dia dapat bekerja dengan selesa dan bersungguh2.....Mudah2an dia kekal bekerja disitu dan tidak bertukar kerja lagi.Itu la harapanku padanya selalu.Apapun,pagi ni aku kena bangun awal untuk bersahur,seawal jam 4 pagi untuk masak.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia pada semua umat Islam yang menyambutnya dan pada Keluargaku,Selamat berpuasa juga....
Mudah2an kita semua dapat menyempurnakan Bulan puasa ini dengan hati yang penuh ke ikhlasan dan penuh kesyukuraan kerana kita masih diberi peluang untuk menyempurnakannya........Alhamdulillah

Sendiri ......



Sendiri(Jamal Abdillah)

Sendiri
Manempuh hidup
Tiada berayah tiada beribu
Sendiri aku berjalan
Tiada harta menjadi bekalan

( korus )
Belum pernahku kesali hidupku
Lahir kedunia pun begitu
Suka dukaku tanggung sendiri
Dengan ketabahan hati
Mana saudara manakah teman teman
Disaatku memerlukan
Kepalsuanmu makin menjadi nyata
Kemesraan sementara

Sendiri
Kadang menyiksakan
Kerna tiada teman bicara


Aku sendiri tak tahu bagaimana harus aku gambarkan perasaanku sekarang.Ingin rasanya aku menjerit sekuat hatiku diatas gunung yang tinggi sehingga aku rasa lega dan puas.Ingin rasanya aku pergi jauh dari sini agar aku dapat menenangkan jiwaku yang kini sedang bergoncang,tiada ketenangan.......Ya,Ketenangan jiwa....Itu yang kucari selama ini.Aku belum temui.Aku ingin hidup bahagia dan tenang seperti insan lain sementara aku masih bernyawa dan hidup didunia ini.Masihkah ada peluang untukku menikmatinya...????Ya Allah........Dengarlah rintihan hatiku ini......Makbulkanlah permintaanku sebelum aku dijemput menghadapmu Ya Allah......

Monday, August 17, 2009

Nyanyian dari penjara (ORIGINAL): Permintaan Terakhir

Lagu Untukku.....

Aku rasa lagu ni sesuai untuk diriku.Liriknya memang kena dengan kisah hidupku.......
Macam2 perasaan ada dalam hati Sedih ada,keliru ada dan macam2 lagi yang sewaktu dengannya.....:(

Alyah - Tak Mungkin Kerna Sayang



Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Monday, August 10, 2009

Makna Disebalik Mimpiku

Re: MIMPI KEKASIH LAMA

wahai sang pemimpi wanita ...

Adapun orang Melayu percaya bahwa mimpi adalah mainan tidur, padahal ada hadis mengatakan tidur itu adalah mati kecil @ mawt as-saghir. Satu kaedah mengertikannya, ialah dalam konteks Melayu .. apabila anda tidak dapat main di hari siang, anda menangguh permainan ke hari malam, yakni ke alam mimpi, yakni ketika anda mati kecil.

Justeru bila anda mimpi akan kekasih lama [adakah anda tiada kekasih baru?] ianya tak lain bukan adalah lanjutan dari keinginan anda utk ber'main-main' dengannya yang samada tertangguh atau terbatal atau ter-ter di atas sebab2 yg anda saja yang tahu. Maka datangnya kekasih anda di dalam mimpi anda, adalah sama juga bepergian ruh anda melawat akan si dia. Yang datang dan yang pergi adalah sama. Anda dan hasrat anda sendiri. Dua wajah, satu muka.
Nampaknya, anda seorang yg berhati mulia, kerana sejurus bermimpi anda sudah risau akan keselamatan kekasih lama anda, menggartikan yg anda masih sayang pada si dia. Ataupon mungkin ada isu-isu keselamatan yg tak mampu anda bereskan ketika anda masih bersama si dia

Dalam Pencarianku tentang tafsiran mimpiku itu aku temukan Ini dalam satu laman web tersebut........Adakah benar tentang kenyataan ini.......????


Aku Bermimpi Lagi.......

Maalam tadi Aku tidur lewat sikit dari biasa.Dalam jam 12 lebih juga la,Selepas aku keluar makan dengan F kat Kfc Jusco.Saja aku ajak dia makan kat kfc sebab rasanya dah lama aku tak makan berdua dengan dia lagi,semenjak F dah bekerja kat tempat jauh ni,aku selalu makan sorang2.Maklumlah masing2 sibuk dengan kerja,nak makan berduapun tak sempat.Cuti pulak tak sama.F cuti hari Sabtu dan Ahad,aku pulak hari Isnin.So,nak jumpapun kat kiosk tempat aku kerja ni je la.........

Selepas F hantar aku balik,Aku belum dapat tidur lagi sebenarnya,tak tahu kenapa.....Aku rasa letih,tapi mata aku belum mengantuk.Last2 aku terlelap sendiri sampai la aku terjaga balik dalam jam 2 pagi.Aku terus ke toilet dan ambil wuduk".Mudah2an lepas ni aku dapat tidur dengan lena"( dalam hati aku berkata......)Memang aku tidur lena selepas tu sampai la aku terjaga dari mimpi kira2 jam 5 pagi.Aku bermimpi........Bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yang memang aku kenali.

Dalam mimpi tersebut aku bertemu dengan bekas kekasihku dulu Iaitu 'M'.Dalam mimpiku itu dia menumpang tidur dirumahku bersama isterinya.Aku baru balik dari kerja,lalu aku terpandang ada dua orang tetamu diruang tamu rumah sedang tidur,Aku perhatikan betul2.Belum sempat aku bertanya pada Emakku,lalu dia tersedar dari tidurnya."Anie.........Sayu dan lembut Dia memanggil namaku.Tanpa kusedari,air mataku mencurah2 membasahi pipiku dihadapannya.Rupanya aku menangis......Awak 'M' Ker...Dia mengangguk perlahan...

Tiba-tiba Aku teringatkan semua kenangan sewaktu bersamanya dulu.Masih segar bermain2 dimataku.Aku lihat Isterinya yang sedang tidur disebelahnya.Pilihan keluarga... katanya walaupun aku tidak bertanya.Aku sendiri tak tahu macam mana dia boleh datang dan menumpang tidur dirumahku ini.Dalam mimpi tersebut juga 'M'ada menujukan sebuah lagu padaku.Katanya lagu tersebut memang khas untukku.Aku tak ingat apa tajuknya.Tapi yang pasti lagu tersebut mengisahkan "kekecewaan hatinya kerana aku telah meninggalkan dirinya suatu masa dulu......."

Belum sempat aku ingin menerangkan sesuatu padanya,lantas dia pergi meninggalkan aku dan Isterinya yang sedang tidur dirumahku itu.Semakin aku ingin menghampirinya semakin jauh dia pergi meniggalkanku tanpa mempedulikan aku yang memanggil-manggil namanya disertai deraian air mataku.......Lantas aku terjaga dari mimpi dengan air mata yang masih belum berhenti mengalir dan membasahi bantal tidurku......

Ya Allah.......Apakah petandanya mimpiku ini????Aku kebingungan.......Berilah aku petunjuk Ya Allah.......!!!!! Keesokan paginya aku mencari tafsir tentang makna disebalik mimpku itu.Tapi aku belum dapat menemuinya.......Aku kini masih memikirkan tentang makna mimpiku itu...... Selagi belum dapat terungkai jiwaku belum tenang.......:(