Thursday, September 24, 2009

.: 10 PETANDA SI DIA JODOH ANDA :.

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

“ Manusia merancang, Allah menentukan.”
MUTIARA KATA

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."

Sinambungan Cinta

KEKUATAN UNTUK SEDIA MELEPASKAN SI DIA

"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu".

Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita.

Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.

"Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku - hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku".

Tuesday, September 22, 2009

Jangan Ada Benci(Casey)

lagu ni aku tujukan khas buat seseorang yang bernama F_ _ _ _ _.Harapanku,mudah2an sidia dapat menerima kenyataan ini.Sesungguhnya segalanya diluar kemampuan kita....."Cinta itu datangnya dari Allah,Ia pergi jua kerana Allah.........."

Thursday, September 3, 2009

Cari Baju Raya

Semalam aku cuti,terpaksa minta tukar cuti dengan Kak Su dari hari isnin ke hari khamis kerana aku ingin bercuti pada hari yang sama dengan adikku.Mujurlah Bos kesayangan aku tu faham,dan thanks....pada Yah dan Kak Za yang sudi memahami keadaanku.

Dan petang semalam tepat jam enam,
aku,adikku,Safirin,Sha dan Fas pergi Angsana.Dah seminggu kitorang rancang nak keluar bersama,akhirnya tercapai jua....Safirin sewa kereta kat Utm so,kitorang kongsi bayar bersama....dan Safirin juga yang drive.Dalam kereta diorang tak habis2 buat lawak.Huahuahuahua......nak pecah perut aku dengan gelagat dan lawak diorang.sepanjang perjalanan asyik ketawa je...hingga membuatkan kitorang tak kering gusi.Dan.......sekaligus membuatkan aku terasa hilang semua masalahku yang memenuhi kepala otakku yang terlalu serabut.Masalah yang tiada kesudahan dan entah sampai bila harus aku menanggungnya....Bulan ni selalu aku jadi migrin,rasa nak tumbang je kat tempat kerja.....Tapi demi kerja dan punca rezekiku,aku kuatkan semangat.....Aku tak mahu endahkan kesakitanku ini selagi aku mampu.......Aku nak sihat,aku tak mahu sakit.YaAllah......."Anugerahkan kesihatan pada hambamu yang lemah ini,dan murahkan rezekiku YaAllah.Hanya padamu tempat aku mengadu....

Sampai je kat Angsana,kitorang terus gi bazar yang berada berhampiran dengan shoping compleks tersebut.Firsttime aku sampai situ sejak awal berpuasa lagi.Bazarnye memang panjang jugak,sampai tak tahu nak pilih makanan ape,macam2 ada......pusing punya pusing beberapa kali akhirnya aku dah penat berjalan dan mengambil keputusan membeli Nasi putih,sambal goreng kacang dan tempe dan juga Ayam percik....Masing2 membeli nasi dan lauk yang berbagai2 jenis.Cuma Fas je tak makan nasi,dia beli kuih je.Katanya takut gemuk.....Hehehe tak faham aku,aku rasa aku lagi gemuk dari Fas dengan badannya yang sekeping tu.Itu yang dikatakan gemuk?"Taknak....Mak dah gemuk tau,Takut........"Katanya dengan penuh perasan.Hehehehe lawak2:)Takpe la yang penting Fas bahagia yer....:):)

Bila dah habis kitorang membeli makanan berbuka puasa kat bazar tu, kini masanya mencari meja dan kerusi lak nak duduk."Jom kita tumpang duduk kat meja makan yang kat kantin tu."Kata Safirin dengan penuh yakin.Dengan terburu2nya kitorang berjalan menuju ke destinasi kerana waktu berbuka dah nak sampai.Lagi 10 minit la lebih kurang.Sebaik sampai disitu,tiada satupun meja yang kosong.Tiada pilihan lain kitorang terpaksa masuk Angsana menjenguk2 mana tempat yang boleh tumpang duduk."Dah nak dekat dah ni macam mana ni,takkan nak berdiri kot..."Kataku.Tiba2 Safirin punya idea dan mengajak kitorang beli je Dunky Donat 2,3 biji supaya kitorang boleh tumpang duduk kat meja yang disediakan oleh diorang.Nak taknak beli je la buat syarat.......hehehe Dengan muka selambanya kitorang duduk beramai2 dan berbuka puasa kat situ jugak.semua staf kat Dunky Donat terpinga2 melihat kitorang dengan muka yang tak rasa bersalah......."Jangan marah.....Kitorang terpaksa.Harap korang faham."Itulah peristiwa kelakar yang tak dapat aku lupakan dengan korang.....Akupun jadi gila-gila ikut perangai korang punya pasal.:)

Lepas selesai berbuka kitorang jalan2 cuci mata dan aku memang niat nak beli baju raya kalau ada yang berkenan dihati.Memang banyak sangat pilihan.......Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.Sambil melihat2 dan memilih sepasang baju untukku,Fas berpesan padaku dengan penuh perasaan....."Akak,kalau akak beli baju ni bagi saya selendangnya boleh......"Sambil dia membelek2 sepasang baju kebaya nyonya yang bersulam2 dan disertakan sehelai selendang berambu ramba.Berderai gelak ketawa kitorang dibuatnya,Huahuahua......."Ko dah buang tebiat nok?"kata Safirin pada Fas.Macam2 la diorang ni.Hehehe.Tapi aku happy jer.

Leka memilih dan membelek semua baju raya disitu,sampai aku kehilangan diorang.Atipun entah mana perginya......."Takpe la aku cari dulu baju yang aku berkenan kataku dalam hati".Tapi hampir sejam masih tak dapat juga,ada nampak yang berkenan tapi tak cukup bajet lak.Memang cantik baju tu.Baju kurung moden,Kain kembang payung,bajunya ada cutting sikit dan ada 2 lapis dipergelangan tangan,macam inner.Depannya bersulam bunga timbul,nampak macam bunga ros hidup,memang cantik sangat padaku tapi harganyapun cantik gak.rm199.....hehehe.Takpe la,lain kali kot.Lagipun banyak lagi nak beli barang yang lebih penting ni,pujuk hatiku.:(

Akhirnya aku mengambil keputusan membeli sepasang baju kurung biasa,tapi bahagian depan bajunya bersulam bunga timbul juga dan kainnya adalah kain songket.Cantik gak aku tengok......Nice,aku memilih colour coklat cair sebab baju raya aku yang lepas tak pernah ada colour tu.Lembut juga colournya.Sedar tak sedar dah hampir jam 10:30 malam kitorang kat situ.Safirin call aku."Akak katne ni.....Dah dapat baju raya ker,Kalau belum dapat cari la dulu yer.Saya tak kisah,lagipun tengah temankan budak2 pondan ni dimekapkan dengan mak andam kat Arianto(Kedai alat solek) ni....".kalau nak balik call saya yer." katanya padaku.

Sebelum balik Safirin ajak kitorang makan kat kedai mamak lak makan roti nan chees dgan ayam tanduri.Nak bersahur sekali katanya....Ok la,I follow......Emmmmmmm.......sedap jugak roti nan,aku order 1 set je kongsi dengan Ati sebab aku takut tak habis pikirku,tapi tak cukup lak....Takpe la lain kali aku nak makan lagi la kat situ.Walau apepun,Thanks sangat2.....Happy la keluar dengan korang semalam.Banyak pengajaran dan pengetahuan yang akak dapat dari korang semua,bagi akak korang tak hipokrit,terbuka dalam semua aspek,dan yang penting tidak semua pondan ingin dirinya begitu.Korang memang kuat,kuat dengan arus perjalanan yang korang hadapi walau dipandang hina dan dicemuh orang ramai,tapi bagi akak korang memang boleh jadi sahabat yang baik dari keikhlasan yang korang ada dalam diri sendiri.Thanks sangat2 ye sebab korang dah buat akak happy menghabiskan masa cuti akak semalam.......






.

Wednesday, September 2, 2009

Tuesday, September 1, 2009

Pukau

Hari ni hujan turun dengan tiba-tiba.....Entah dari jam berapa aku tak sedar,kerana aku sibuk mengemas dan menyusun barang2 dikioskku sambil mengira stok dan membuat order barang yang dah habis dan kurang.Start dari aku sampai kat Jusco sampai la kepetang,lebih kurang jam 2 juga masih belum ada lagi pelangganku.Dalam hati memujuk,"Takpe la.....Mungkin belum rezeki lagi,Jap lagi ada la tu....Mungkin orang ramai malas nak keluar lagi,lagipun hujan kan.....Tido berselimut ni kan sedap...."

Sambil aku mengemas dikiosk,ada seorang mata2 Jusco yang memang aku kenal sangat menghampiriku sambil memegang hanphonenya dan berkata sesuatu padaku seakan berbisik,"Dik.....Hati2 tau,cuba Adik pandang sekejap kat depan sana", sambil menjelingkan matanya kearah kerusi panjang yang disediakan oleh pihak Jusco yang terletak berhadapan dengan Shushi King."Adik nampak tak ada 2 orang lelaki yang duduk kat situ?sorang pakai baju warna hijau,sorang pakai baju warna merah,tapi masing2 duduk berjauhan sikit".Bisiknya padaku lagi."Sebenarnya diorang tu bahaya tau,diorang nak cari mangsa dengan kuasa pukaunya.Hati2 kalau ada salah sorang yang singgah kat sini.Abang dengan bluewave yang lain tengah perhatikan diorang ni......"jawapnya lagi.
"Takutnya...."kataku."Macam mana Abang boleh cam diorang"?"Dah lama dah kitorang perhatikan diorang ni.Memang dah cam sangat.Sebenarnya diorang ada 5 orang semuanya,Dari Indonesia mereka semua tu,tapi dah berpecah sana sini.Nak buat kacau lak kat Jusco ni..."Ngomel Abang tu padaku.

Mendengarkan cerita dari Abang tu tadi cukup membuatkan aku ketakutan sambil tak berhenti2 berdoa memohon perlindungan darinya yang maha mengetahui.Apalah punya orang....Datang ketempat orang jangan la menyusahkan orang lain dengan menggunakan ajaran sesat ko tu untuk memukau orang yang lemah.Dah takde cara lain ke nak senang....Buat la kerja yang berfaedah sikit......Geram pulak aku dengan orang2 yang nak senang cepat tanpa bersusah payah ni.Tak selamat la hidup korang aku doakan....Tak sangka masih ada lagi orang yang gunakan ilmu pukau ni yer....Geram pulak aku......

Agak lama juga diorang duduk kat situ sambil memerhatikan orang dengan mata liarnya.Dari jauh aku menjeling2 pada diorang juga,takut diorang datang dekat menghampiriku.Jangan la,Nauzubillah.....Mohon perlindungan padamu Ya Allah.......Mungkin diorang dah perasan diorang sedang diperhatikan oleh Bluewave yang berada di
setiap penjuru DiJusco ni,tiba2 diorang menghilangkan diri entah kemana.Aku tanya dengan sorang Bluewave tu,"Mana diorang tadi pergi agaknya?"Entah la,bagus la berambus cepat dari sini,dah tak tahan dah ni berdiri berjam2 nak jaga diorang jer....."Menyusahkan orang jer."Ngomelnya....Alhamdulillah,Lega aku dibuatnya,mudah2an diorang tak ada datang sini lagi.