Monday, June 15, 2009

Hari ni aku cuti

Terjaga aku dari tido dan melihat jam dirak menunjukkan pukul 7:30 pagi.Lalu aku mencapai hanphoneku dan mendail nombor yang memang sentiasa ada diingatanku.Trut2......Trut2.......Hallo Yang, dah bangun belum......."Faisal baru bangun ni",Sayang pegi mandi ea......."Ok,Faisal nak mandi ni".Ok.....kataku dan meletakkan hp terus aku bangun, Teringatkan janji aku semalam padanya,Nak siapkan sarapan sebelum Faisal pergi kerja.Masak air,Bancuh air vico tanpa gula,Dan goreng roti telor untuknya.Itu saja la yang mampu aku buat.Sebab resepi tu la yang Paling cepat dan mudah di masak.Hehehe.......Lepas faisal datang kerumah dan mengambil persiapan aku yang tidak seberapa tadi,Terus aku mulakan tugas.Iaitu mengemas bilik dan membasuh kain baju yang sememangnya sudah bertimbun seminggu.Maklumlah....Kerja aku 12 jam sehari,Mana sempat nak siapkan kerja rumah.Balik rumah je memang lepak giler....Terasa sakit2 badan aku ni,Mungkin orang melihat kerja macam aku ni,rileks memanjang dan cuma layan pelanggan jer.Tapi hakikatnya,kerja aku memang banyak,Selain melayan planggan,Aku kena cek stok,order barang,keluarkan barang dari stok,kena pastikan stok yang kurang,Bank in duit sale dan macam2 lagi yang aku kena buat setiap hari.Macam aku punya bisnes sendiri lak. Hehehe....Perasan la aku ni.Eh, Tapi memang macam tu la Bos aku cakap, Mula2 kena interviuw dulu."Anggap macam kedai Ani sendiri,Baru ada semangat nak kerja,Yang penting,Jujur,Amanah, Ingat Allah sentiasa melihat segala perbuatan kita,Insyaallah,Selamat dunia akhirat.Amin.".....Walaupun Bos aku menyerahkan tanggung jawap ni bulat2 pada aku, aku tetap takut,takut untuk menanggung tanggung jawap yang terlalu berat ni.Terima kasih Kak Su,kerana memberi sepenuh kepercayaan padaku sepanjang aku bekerja denganmu.....YaAllah,Kuatkan semangatku untuk menjalankan tanggung jawap yang telah diberikan padaku.Bimbinglah aku kejalan yang benar,Dan sentiasa ingatkan aku yang mudah lupa padamu ini.......Aku bukan Ustazah,bukan orang alim,bukan orang yang berpelajaran tinggi,Tapi aku berusaha untuk menuju kearah itu,Aku ingin menjadi hambamu yang diredhai,YaAllah...Murahkan rezekiku,Dan Berilah aku kesihatan yang berterusan.Agar aku dapat menjalankan tanggung jawapku sebagai hambamu sebelum aku menghembuskan nafasku yang terakhir. Amin..........

No comments:

Post a Comment