Wednesday, June 17, 2009

Betul ke ada hantu

Kejadian ni baru saja pagi tadi berlaku,Sebaik saja aku sampai ke bus stop, Aku terus duduk dan mengeluarkan duit tambang sementara menunggu bas yang belum sampai.Tidak jauh dari tempat dudukku ada seorang Apek yang memang dari tadi duduk disitu,Umurnya lebih kurang dalam lingkungan 50an.Aku lihat Hanya dia seorang diri duduk disitu sebelum aku sampai lagi.

Tiba2 dia menegurku."Nak pergi kerja ka Amoi"?Akupun menjawap"Ye,Saya nak pergi kerja la uncle...Lambat pulak hari ni."Dulu asalnya tempat Bus stop ni kawasan perkuburan tau Amoi....".Apek tadi memulakan cerita.Aku hanya mendengarnya dan berminat ingin tahu seterusnya."Ada hantu tau,Dia selalu ganggu orang yang kat taman ni.Kawan2 saya selalu kena ganggu,kena cekik leher.Semua orang jadi takut.Tapi Wa tak takut....Wa cakap dengan dia jangan ganggu Wa,Diapun pergi la.Wa memang tak takut dia punya.Tapi dia yang takut sama Wa".Hantu melayu ke hantu cina uncle?? Tanyaku,Hantu India....jawapnya.Mereka selalu kumpul ramai2 kat sini tau,Bakar-bakar itu mayat.

Belum sempat dia menyambung ceritanya,Baspun sampai."Ayyyaaa.....bas sudah mari"....!!!katanya.Akupun menaikki bas bersama uncle tadi dengan penuh tanda tanya......Kenapa Bus stop itu dibina disitu?,Mereka tak tahu ke tempat tu kawasan perkuburan?,Adakah benar cerita yang kudengar dari Apek tadi?......Dan macam2 lagi persoalanku yang tiada jawapannya.Walau macam manapun,Hanya Allah saja yang tahu segala2nya.Apepun Thanks Uncle kerana sudi bercerita padaku dipagi khamis ini....

1 comment: