Monday, June 15, 2009

Berita yang kuterima

Pagi itu aku tidak bekerja,Jadi lambat sikit la bangun,Lebih kurang jam 9:30 am juga la aku baru terjaga dari tidur.Itupun kerana dikejutkan oleh deringan hanphoneku yang disebelah bantal kesayanganku yang berwarna biru.

"Hello Assalamualaikum,Ini Ani ker"....."Waalaikum salam.....Iye saya bercakap,boleh saya tahu siapa disana??"Lantas dengan nada kesal dia menjawap,"Sampai hati Ani,Dah tak kenal dengan akak lagi ker......."Bukan macam tu,Sebenarnya saya tak dapat nak cam suara akak,"Siapa ye,Dengan penuh tanda tanya aku menjawab."
'ini kak Wati la.....dah tak cam suara akak lagi ke???Yaalllah.....betul ke ini kak Wati?Macam tak percaya je,Ialah...sudah lama juga kita loose contack kan.Lebih kurang dalam 2 tahun lebih gak,Maklumlah, masing2 busy memanjang.Aku busy dengan kerja aku,Kak Wati lak busy dengan Anak2 dan suami dia.Orang dah ada family la katakan.....

Kak Wati adalah rakan sekerja aku masa kat Pontian dulu,Kat Restoran sebelah Balai polis.Lama juga kami bekerja kat sana.Aku seronok berkawan dengan kak Wati,kerana dia banyak mengajar aku sewaktu bekerja disana.lepas aku berenti kerja,kami tak berhubung lagi.Nombor hanphone kak Watipun dah bertukar dengan nombor lain.tapi,ternyata nombor hnphoneku masih lagi disimpannya.Thanks Kak Wati.selepas bertanya khabar dan bertukar cerita,Kak Wati ada hajat sebenarnya nak sampaikan pada aku.

KAK WATI:Sebenarnya akak nak bagitahu Ani sesuatu ni.
.
Aku:Ape dia kak,Cakap je la,Macam berat je nak sampaikan.

KAK WATI:Pagi semalam akak pergi klinik Pontian,Akak ada ternampak Mike.Tapi dia pegang kad kesihatan warna merah.Akak sapa dia,Nampak dia macam terkejut je.

AKU:Habis akak cakap apa dengan dia??

KAK WATI:Anipun tahu kan kad merah tu untuk apa,Akakpun tanya la dengan dia,Siapa punya kad tu??.Akak tengok muka dia dah berubah merah,Belum sempat dia nak jawap,Ada seorang perempuan datang dekat dengan dia dan berbisik sesauatu.Lepas tu dia terus kebilik air.Mungkin kad merah tu perempuan tadi punya.Dah berapa bulan? akak tanya,"Baru je".jawapnya macam nak taknak je.

AKU:Jadi dia dah khawin?

KAK WATI:Baru 4 bulan katanya,Pilihan keluarga.Akak tengok dia macam serba salah je,Jadi akakpun tinggalkan dia berdiri kat situ dan pergi jauh dari dia sementara tunggu giliran akak kena panggil pula.

AKU:Okey la macam tu,Sudah sampai jodoh dia,Bagus la......Saya tumpang gembira.

KAK WATI:Sorry ye Ani,Akak serba salah pulak kalau tak Sampaikan pada Ani perkara ni.

AKU:Takpe la kak,kenapa nak rasa bersalah pulak,Lagipun kitorang kan dah takde ape2.

KAK WATI:Betul ke Ani ok ni.......

AKU:Saya ok la kak,Takpe la.Biar dia bahagia,Lagipun kitorang kan dah clash lama,Walau macam manapun,Saya tetap doakan kebahagiaan dia.

KAK WATI:Ani tu cepat2 la cari Pakwe,Cari yang lagi baik dari dia ok......Ok la Ani,Anak akak dah nangis ni nak susu.Lain kali kita sambung lagi ye.Bye Ani,Asssalamualaikum....

AKU:Ok kak,Bye...Waalaikum salam,Thanks......

Memang dah lama juga aku tak jumpe kak Wati tu,Aku ingat dia mimpi ape la baru sekarang nak call aku.Bagi aku sebenarnya berita tu tak penting lagi ,Sebab dah lama sangat.Aku dah lama lupakan dia sebenarnya.Kak Wati je tak tau,walau macam manapun, Thanks sangat2 ye kak,Sebab kerana akak la saya dapat kenal dengan Mike(Seorang Anggota Polis) yang selalu jadi perhatian dan rebutan gadis2 ditempat kami.Baik sesama anggota atau orang biasa.

Bukan aku yang mulakan dengan dia sebenarnya,Tapi dia yang ingin sangat kenal dengan aku selepas aku bekerja beberapa bulan direstoran tu.Dah banyak kali juga dia minta nombor telefon aku,Tapi aku buat tak layan,Ia la siapa la aku ni kan.....Hidung tak mancung pipi tersorong2.Memang lama juga dia mencuba,Tak jemu2.Hari2 datang kat tempat aku bekerja,Katanya saja nak nak belikan air banduan yang dalam lokap tu.Dalam hati aku,(Rajin tol mamat sorang ni,Sampai setiap hari muka dia je yang ditugaskan membeli air untuk banduan) Dah takde orang lain lagi ke yang ambik tugas tu....???

Tapi setiap kali dia datang mesti dia minta nombor tel aku,Sampai la aku cair gak dengan mamat Polis sorang ni.Nak taknak aku terpaksa bagi sebab kesian punya pasal,Fikirku dalam hati lagi,Mungkin dia nak buat koleksi je kot no hp aku ni.Bagi je la.

Sebelum dia dapat no hp aku Kak Wati la tempat dia menyampaikan pesanan,kirim salam la,Ape la2 la....Jadi Kak Wati memang terlibat la dalam hal ni,Itu yang dia rasa bersalah sangat2.Takpe la kak Wati dah lama semua tu,Lagipun saya dah ada yang lebih baik dari dia......Memang bukan jodoh kami.Saya redha...

Terus terang aku katakan,memang aku senang mengenali Mike,Dia tak pernah berkira dengan aku,Baik hati tapi pendiam ckit,macam ada sesuatu yang disimpannya.Tapi selepas aku mengenalinya beberapa bulan baru aku tahu,Sebenarnya dia ada satu penyakit yang mungkin mustahil hendak pulih,Dia hanya menunggu masanya saja,Sebab tu dia sudah bersedia membeli ansuran untuk dirinya.Selama aku mengenalinya juga dia selalu menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam.Aku ingat dia hanya bergurau,Tapi ternyata aku lihat kesungguhannya yang ikhlas.Alhamdulillah......Mudah2an Allah makbulkan niat suci mu Mike.......

Aku ingat lagi,Aku pernah hadiahkan sebuah buku yang bertajuk"ISLAM AGAMAKU" untuknya,saja aku beri pada dia selepas aku tahu hasratnya itu,Itupun aku beli secara kebetulan selepas terpandang dikedai buku Pontian masa aku nak cari buku Resepi memasak dulu.Maklum la,dulu aku rajin belajar memasak,Aku suka mencuba resepi baru,Itupun masa aku masih lagi tinggal dengan family.Tapi kalau sekarang jangan harap la.Dapur akupun sebulan 3,4 kali je baru berasap.....Maklum la orang busy la katakan.Hehehehe.Jangan kena reject je dengan Pakwe aku sudah,Harap dia memahaminya.

Berbalik pada cerita tadi,Akupun tak tahu la nak cakap mana,Sebenarnya aku dengan Mike "No ending".Selepas aku berhijrah ke Skudai dan bekerja disini,Kami dah tak sefahaman lagi,ada je yang tak kena,Mike selalu luahkan kekesalannya pada Kak Wati,Katanya aku yang tinggalkan dia,Tapi hakikatnya aku hanya mencari kerja disini,Mencari kerja yang lebih baik dari dulu.Aku sangkakan,selepas aku pergi Hubungan aku ok je,Tapi rupanya Mike tak boleh terima kami berjauhan macam ni.

Mungkin disaat dia memerlukan bimbingan dariku, aku meninggalkannya begitu saja,atau mungkin dia borring dengan hubungan kami yang sudah menjadi jarak jauh.Begitulah lelaki,Sukar untuk kufahami.Tapi ape yang harus aku lakukan,kalau itu kemahuannya.Aku redha kalau itu kehendaknya,Cuma aku terkilan,dan cukup terkilan kerana tak dapat membimbingnya hingga ke hujung jalan.Lagi satu,aku risaukan penyakitnya yang boleh membawa maut itu.Tapi tak mengapalah,Mungkin memang jalan itu yang terbaik untuknya,Mudah2an Isterinya dapat menjaganya dengan baik dan memberinya kebahagiaan yang sejati selama dia hidup didunia ini.Itu saja yang dapat aku harapkan dan Doaku selalu mengiringimu mike.Walau apepun Maafkan segala kesilapan dan kesalahan ku selama ini.Mudah2an kau menemui cahaya yang kau cari selama ini.........




No comments:

Post a Comment